suria

Kalau tiada jodoh Sharnaaz Ahmad rela masuk rumah orang tua, sudah buat tabung simpanan

Kenyataan Sharnaaz telah disalah anggap.

PELAKON Sharnaaz Ahmad tampil membuat penjelasan tentang kenyataan tidak mahu bakal teman wanitanya dalam kalangan pelakon yang sudah disalah anggap oleh sesetengah pihak.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata, dia tidak pernah mencari pasangan, sebaliknya hanya menyerahkan segala urusan jodoh kepada Allah.

Aktor itu bagaimanapun menegaskan bakal isterinya nanti bukan dalam kalangan pelakon.

sharnaaz1 - 1

Kenyataan Sharnaaz di Instastory.

"Sebab posting saya nak cari pasangan bukan dalam kalangan artis, rata-rata sudah salah anggap.

"Saya tidak mencari, kalau Allah dah tentukan saya ini ada isteri, saya terima. Jebat ada Mummy baru yang pasti bukan pelakon!," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad pilih orang biasa sebagai teman wanita, tak mahu dalam kalangan artis

ARTIKEL BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad dah ada kekasih tapi malu nak cerita... Minta peminat jaga sensitiviti bekas isteri

Sharnaaz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, pelakon filem The Original Gangster berkenaan memberitahu sekiranya tidak bertemu jodoh dia sudah menyediakan simpanan untuk menetap di rumah orang tua.

"Kalau tak ada (jodoh), saya dah sediakan tabung rumah orang tua-tua mewah punya, pakai jaket bulu warna merah sambil hisap cigar, tengok hujan rintik-rintik ikut tingkap.

"Ada juga kawan boleh main dam, tak pun snuker lucky ball," ujarnya.

Pada Jumaat, Sharnaaz dalam satu kenyataan yang dimuat di Instastory memberitahu dia tidak mahu bakal teman wanitanya menjadi seorang artis atau pun pelakon.

Aktor itu memberitahu keputusannya adalah muktamad untuk tidak menjalinkan hubungan dengan wanita dari industri yang sama.

Selain itu katanya, dia mahu mencari seorang wanita yang sederhana sebagai teman hidup.

Sebelum ini, Sharnaaz memaklumkan bahawa dirinya sedang berkawan rapat dengan seseorang namun enggan berkongsi cerita peribadi secara terbuka.

sharnaaz2 - 1

Sharnaaz hanya berserah pada jodoh.

Malah nama pelakon Amelia Christie menjadi sebutan ramai selepas sahabat karib bekas isterinya, Noor Nabila iaitu Rosix yang dikatakan terlepas menyebut nama aktres berkenaan.

Untuk rekod, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 namun mereka sah bercerai pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain