suria

Shuib kini tunang Watie Hanifiah, nikah 23 Jun 2023

Shuib selamat bertunang dengan Watie.

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengikat tali pertunangan bersama pilihan hatinya iaitu Watie Hanifiah pada Sabtu.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, menghantar rombongan meminang di kediaman keluarga Watie di Shah Alam yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Pada majlis itu, Shuib turut membawa tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, kasut dan manisan kepada Watie.

shuib3 - 1

Shuib akhirnya bakal mendirikan rumah tangga semula.

Manakala Watie pula membalas lima dulang berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan sampin.

Pasangan itu dijangka bakal melangsungkan pernikahan pada 23 Jun ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib dan Watie Hanifah nikah Jun depan, rasa segan kongsi tentang perancangan kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: [V] "Kalau sorok-sorok orang marah" - Kehadiran Watie takdir ditentukan, Shuib rancang bawa hubungan ke fasa seterusnya

Sementara itu, Shuib menerusi Instagram miliknya mengesahkan berita pertunangannya dengan Watie

Tampil menggayakan sepasang baju Melayu lengkap bersamping rona hijau pucuk pisang turut memohon doa daripada pengikut dan peminatnya agar dipermudahkan segala urusan mereka berdua.

"Assalamualaikum, Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Hari ini 6 Mei 2023, Alhamdulillah saya baru sahaja lepas melangsungkan pertunangan bersama dengan Watie.

"Jadi, saya mohon doakanlah semoga perjalanan kami dipermudahkan. Doakan yang baik-baik untuk kami. Insya Allah. Doakan tau. Selamat hari raya," katanya.

Pada April, Shuib mengesahkan bakal memperisterikam Watie selepas hampir dua tahun bergelar duda.

Kata Shuib, sebanyak 30 peratus persiapan perkahwinan telah dibuat namun mengakui berasa malu untuk berkongsi tentang majlis pernikahannya nanti.

"30 peratus persiapan kahwin dah siap, Insya Allah saya dan Watie akan bernikah pada bulan Jun tahun ini.

"Dewan dah tempah. Saya sebenarnya rasa malu nak bercerita fasal ini. Nak kongsi dengan kawan-kawan pun saya rasa malu.

shuib2 - 1

Watie menjadi pilihan hati Shuib.

"Insya Allah majlis pernikahan dan bersanding akan diadakan serentak pada Jun ini," katanya.

Untuk rekod, Shuib pernah berkahwin dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Siti Sarah bagaimanapun meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain