PELAKON Indonesia, Andien Aisyah berkongsi pengalaman berlakon dalam filem Surga Di Bawah Langit ketika sedang hamil anak keduanya. Andien, 38, berkata, pengalaman berlakon sewaktu hamil trimester pertama adalah cukup mencabar dan sukar, lebih-lebih lagi dia harus menjayakan watak seorang remaja yang penuh bertenang. "Pengalaman itu bukan mudah kerana saya masih di awal kehamilan, banyak mual dan pening kepala. Apatah lagi kalau cuaca ketika itu panas. Tetapi semangat saya melebihi semua itu. Kena kuat. "Walaupun sedang hamil, saya tetap beri komitmen jiwa dan emosi 100 peratus. Bila tonton filem itu, saya geleng kepala sendiri. Berlakon sebagai seorang remaja tetapi realitinya sedang hamil anak kedua," katanya. Andrien berkongsi cabaran saat berlakon ketika hamil. Dalam pada itu, Andien berkongsi rasa teruja kerana dapat membintangi filem pertama dan mengakui tidak berfikir panjang untuk menerima tawaran tersebut. “Ini adalah filem pertama saya jadi ini adalah pembuka langkah untuk kerjaya seni saya. Bila dapat tawaran, tak fikir panjang. ARTIKEL BERKAITAN: Johan As’ari tak mahu meminta-minta bonus filem 'Mat Kilau' tapi syukur penerbit 'Air Force The Movie' bagi sebelum raya ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sekadar jaguh media sosial, Sofyank mahu terbit filem setaraf Marvel Studios "Terus sahaja terima walaupun perlu menjalani penggambaran ketika hamil," ujarnya. Sementara itu, penerbitnya filem berkenaan iaitu Rio Silaen berkata, antara cabaran utama yang mereka hadapi sepanjang menjalani penggambaran adalah faktor lokasi yang terpaksa dilakukan di kawasan pembuangan sampah. “Mereka kanak-kanak yang hidup susah ketika kecil. Jadi mereka hidup di kawasan sampah. Bau adalah cabaran utama kepada semua pelakon. Tetapi mereka berjaya mengharungi,” katanya. Filem berkisarkan pahit manis kehidupan tiga sahabat dari kecil. Untuk info, filem Surga di Bawah Langit menceritakan pahit manis kehidupan tiga sahabat dari kecil yang berdepan realiti kehidupan terutama selepas masing-masing mula menginjak dewasa. Masing-masing sudah mula mencari wang sendiri sejak kecil kerana kedaifan dan kemiskinan hidup yang membuatkan mereka terpaksa menelan segala kesusahan sendiri walaupun masih kanak-kanak. Selain Andien, Surga Di Bawah Langit turut menampilkan pelakon handalan lain seperti Acha Septriasa dan Reza Rahadian serta mendapat sentuhan sutradara, Pritagita Arianegara. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!