suria

Hafidz Roshid tak perlu lagi dirujuk ke Hospital Bahagia, sedih tiada peluang jumpa anak-anak

Hafidz didapati sihat selepas jalani rawatan di Hospital Bahagia.

PELAKON Hafidz Roshdi mendakwa dia masih belum dapat bertemu dua anaknya iaitu Humairah dan Umar malah tidak dapat meraikan Aidilfitri bersama mereka.

Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, berkata, dia hanya dapat berhubung dengan anak-anaknya melalui panggilan telefon beberapa hari lalu.

"Saya sudah cuba beberapa kali nak berjumpa anak-anak saya tapi tak dapat. Nak beraya bersama pun belum berkesempatan.

Snapinsta.app_340726441_987412262142896_3736719194208205735_n_1080

Hafidz Roshdi dan Shuhada ketika di temui di Mahkamah Syariah Shah Alam.

"Cuma panggilan video sahaja yang dapat sekitar dua hari lalu," katanya kepada pemberita.

Hafidz berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai perbicaraan kes pengesahan lafaz terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa.

Dalam pada itu, peguam mewakili Hafidz iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir menjelaskan isu berkaitan anak pasangan itu antara perkara bakal dibangkitkan pihaknya selepas ini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bayi dalam rahim saya, takkan nak gugur?” Shuhada tak sangka Hafidz sendiri memfitnah

ARTIKEL BERKAITAN: Hafidz Roshdi dakwa isteri gugurkan kandungan, Shuhada luah hasrat dalam WhatsApp

Akberdin berkata, pihaknya akan membuat tuntutan hadanah serta proses sulh yang dijangka berlangsung pada 12 Jun depan.

"Anak-anak berada di luar tempat bapa menetap, jadi Hafidz terpaksa berjalan jauh untuk menjenguk anaknya.

"Jadi kami terpaksa menghantar notis awal supaya dia boleh pergi melawat anak-anak tetapi tidak berjaya. Nafkah anak-anak Hafidz lunaskan setiap bulan," jelasnya.

Alhamdulillah doktor memberitahu saya dalam keadaan baik dan proses rawatan hanya dilakukan sekali.

HAFIDZ ROSHDI

PELAKON

Berkongsi mengenai perkembangan terkini, Hafidz berkata, dia sudah pun mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak seperti diarahkan mahkamah sebelum ini dan kesihatan mentalnya berada dalam keadaan baik.

Tidak hanya itu, Hafidz juga memberitahu dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram sepanjang bulan Ramadan lepas.

"Saya pergi buat pemeriksaan kesihatan mental di Hospital Bahagia, Perak sebelum Aidilfitri dan Alhamdulillah doktor memberitahu saya dalam keadaan baik dan proses rawatan hanya dilakukan sekali.

Hafidz sedih anak tinggal berjauhan.

"Sepanjang Ramadan saya ambil kesempatan untuk diet dan berjaya turunkan berat badan daripada 70 kilogram kepada 65 kilogram... kesihatan semua okay," jelasnya.

Shuhada dan anak-anak kini menetap di kediaman keluarganya di Kangar, Perlis sejak rumah tangga pasangan itu dilanda masalah.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain