suria

Uwais terakhir beri persetujuan, Shuib mungkin terus menduda kalau anak-anak tak restu kahwin Watie

Shuib syukur anak-anak merestui perkahwinannya dengan Watie.

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib menjelaskan persetujuan anak-anak adalah restu paling penting sebelum dia membuat keputusan mendirikan rumah tangga dengan Watie Hanifiah pada Jun ini.

Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, berkata, setiap proses yang dilalui sepanjang perkenalan dengan usahawan itu adalah untuk memastikan keempat-empat anaknya faham akan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka kelak.

"Walaupun anak-anak masih kecil, mereka cepat menjadi dewasa dengan keadaan yang dilalui sebelum ini.

"Apa yang saya nak buat sekali pun saya akan berbincang dengan anak-anak. Paling penting adalah Uwais sebab dia paling sulung dan mula faham tentangpelbagai perkara.

WhatsApp Image 2023-05-09 at 9.17.26 PM

Shuib mendapat restu anak-anak untuk kembali mendirikan rumah tangga.

"Uwais adalah orang terakhir saya tunggu untuk dia beri persetujuan (berkahwin)," katanya kepada mStar.

Shuib ditemui di majlis rumah terbuka syarikat pengurusannya iaitu Indigital yang berlangsung di Bandar pada malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib kini tunang Watie Hanifiah, nikah 23 Jun 2023

ARTIKEL BERKAITAN: Watie Hanifiah sifatkan pertunangan dengan Shuib sebagai ketetapan Allah, ada hikmah di sebalik

Pada Sabtu lalu, Shuib dan Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, selamat melangsungkan pertunangan dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 23 Jun ini.

Mengulas mengenai kecaman netizen berhubung keputusannya berkahwin selepas dua tahun pemergian isterinya iaitu Siti Sarah Raisuddin, Shuib menjelaskan Allahyarham sentiasa berada ditempat paling istimewa di dalam hidupnya.

Malah kata Shuib, Watie juga mengetahui tentang hakikat tersebut dan dia mengambil keputusan menamatkan zaman duda untuk anak-anaknya.

"Sarah ada ditempat paling istimewa dalam hidup saya... Watie pun tahu perkara itu.

553 (2)

Apa lebih penting adalah empat anaknya bahagia.

"Kalau orang nak kecam saya, kena berbalik kepada niat untuk berkahwin. Saya buat ini untuk anak-anak, kalau ikutkan saya lebih senang membujang sahaja.

"Saya ada tanggungjawab yang cukup besar malah arwah juga mahu saya membesarkan anak-anak kami dengan baik," ujarnya.

Menerusi perkahwinan dengan Siti Sarah pada 2011, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 2 tahun.

Siti Sarah bagaimanapun meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain