suria

[V] Kamal Adli trauma jumpa orang ramai, lebih suka kurung diri dalam rumah

Kamal masih mencari punca dia dipukul.

SEJAK insiden dipukul lelaki tidak dikenali di Singapura, pelakon Kamal Adli lebih senang menghabiskan masa di rumah selain trauma berjumpa orang ramai.

Kamal atau Ahmad Kamal Ahmad Adli, 37, berkata, kejadian itu juga membuatkan dia sukar mempercayai orang yang ditemui ditempat awam.

"Sekarang ini baru nak okay. Ada kesan jugalah dalam diri ini. Saya tak pernah rasa trauma tu apa, tapi bila dah kena baru tahu.

kamal3 - 1

Kamal berkurung di rumah selama beberapa bulan.

"Saya jadi tak percaya orang lagi-lagi bertemu individu saya tak kenali. Saya memang tak keluar rumah.

"Haritu saya cuba pergi bazar Ramadan. Selang dua langkah saya toleh belakang," katanya kepada mStar.

Kamal berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Mega Spontan yang diadakan di Hotel Vivatel, Kuala Lumpur pada petang Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Uqasha Senrose tak berani keluar rumah tanpa teman, Kamal Adli pula murung selepas insiden diserang

ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki serang Kamal Adli masih belum boleh ikat jamin, perbicaraan ditangguh 30 Mei

Ia juga merupakan penampilan sulung suami kepada Uqasha Senrose itu selepas insiden berkenaan.

Ditanya tentang perkembangan kes itu, Kamal memberitahu sehingga kini dia masih belum memberikan sebarang kenyataan kerana suspek belum dibicarakan di mahkamah Singapura.

Menurut Kamal, suspek masih lagi ditahan pihak polis dan sudah menjalani pemeriksaan mental.

Saya jadi tak percaya orang lagi-lagi bertemu individu saya tak kenali. Saya memang tak keluar rumah.

KAMAL ADLI

PELAKON

"Saya tak boleh keluar sebarang kenyataan kerana bimbang pihak sana boleh salah guna kenyataan yang saya buat.

"Apa boleh saya cakap, sekarang ini saya sedang tunggu perkembangan dari pihak Singapura. Polis beritahu suspek masih dalam lokap tengah tunggu perbicaraan.

"Suspek juga katanya sudah masuk wad mental selama tiga minggu bagi memastikan sama ada dia ada masalah mental atau tidak," ujarnya.

Tambah pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu lagi, dia hanya mahu mencari sebab dia dipukul kerana sehingga hari ini, aktor berkenaan tidak jawapan punca dia menjadi sasaran.

kamal1 - 1

Kamal masih menanti suspek dibicarakan Mei ini.

"Sebelum ini saya ada tanya dia tapi dia tak jawab. Dia gelak saja. Itu yang saya tak puas hati.

"Polis hanya cakap ia berkaitan dengan isu peribadi, mereka pun tak beri penjelasan kepada saya.

"Saya nak tahu kenapa dia pukul sebab isu peribadi atau sebab ada orang hantar. Itu saja yang saya nak tahu," jelasnya.

Dalam pada itu, Kamal turut mengingatkan kepada rakan artis lain untuk sentiasa menjaga diri dan tidak mudah mempercayai orang lain bagi mengelakkan perkara sama berlaku kepada mereka.

Jelas Kamal, dia juga cuba untuk menghadkan diri daripada mendekati orang ramai dan berharap agar peminat memahami situasinya itu.

"Kita tak tahu orang itu suka atau tak dengan kita. Kadang kita rasa kita dah cukup buat baik dengan orang, tapi kita tak boleh nak fikir macam tu.

"Peminat pun sebelum mengambil gambar dengan saya akan minta izin terlebih dahulu dan sekiranya saya tidak mahu bergambar saya rasa peminat pun akan faham," katanya.

Pada 12 Mac lalu, Kamal diserang individu tidak dikenali menggunakan cota ketika menyertai acara Hari Raya Mega Sale 2023 yang diadakan di Singapura Expo, Singapura.

kamal2 - 1

Kamal dan Uqasha (isteri) masih trauma.

Dalam kejadian itu, Kamal mengalami kecederaan di bahagian kepala, muka, bawah mata dan badan selepas diserang seorang lelaki berusia 34 tahun.

Pada 14 Mac, suspek didakwa di Mahkamah Negara atas pertuduhan terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya.

Mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan dan mana-mana gabungan hukuman itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain