suria

Mona Allen mengaku silap muat naik video nampak rambut ketika bercuti, sibuk urus anak sampai terlepas pandang

Penampilan Mona ketika bercuti mendapat kecaman ramai.

SIBUK menguruskan anak menyebabkan pelakon Mona Allen terlepas pandang video yang dimuat naik di media sosial menampakkan sebahagian rambutnya ketika sedang bercuti.

Sebagai wanita yang sudah berhijab, Mona atau Muna Hafiraneza Allen, 38, berkata dia tidak sepatutnya mengambil mudah mengenai perkara itu.

Justeru itu, isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim ini akan lebih berhati-hati mengenai penampilannya di tempat awam selepas ini.

mona allen 2

Mona mengakui kesilapan sendiri.

"Video tersebut adalah ketika saya bawa anak bercuti di Langkawi. Mungkinlah dalam keadaan sibuk menguruskan anak itu saya terlepas pandang.

"Saya pun masih cuba untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Ada juga masa ketika saya keluar dekat dengan rumah saya tidak bertudung penuh," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Mona diminta mengulas mengenai video tular memperlihatkan dirinya memakai hoodie ketika sedang bercuti dan mendapat kecaman banyak pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Mona Allen tak sanggup tengok anak kehausan, usaha pelbagai cara untuk banyakkan susu badan

ARTIKEL BERKAITAN: Mona Allen sambut bayi Merdeka

Dalam pada itu, Mona turut mengucapkan terima kasih atas segala teguran yang diberikan kerana setiap komen itu juga dianggap sebagai tanda masih ramai yang prihatin dan menyayangi dirinya.

"Terima kasih kerana ramai yang ambil tahu fasal saya. Saya juga manusia biasa yang pasti akan melakukan kesilapan. Saya masih lagi berhijab.

"Selepas ini saya akan lebih berhati-hati memuat naik video di laman sosial.

Saya juga manusia biasa yang pasti akan melakukan kesilapan. Saya masih lagi berhijab

MONA ALLEN

PELAKON

"Saya juga tidak membaca komen di media sosial selepas isu ini diperkatakan. Lebih baik diam daripada menambahkan rasa sakit hati dan marah kepada orang lain," ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang kerjaya seni, Mona masih lagi memilih tawaran berlakon yang sesuai kerana fokusnya kini harus diberikan kepada menjaga anak sulungnya, Petra Pekin yang dilahirkan pada 31 Ogos tahun lalu.

mona allen 3

Mona kini lebih fokus menguruskan anak di rumah.

"Ada sahaja tawaran berlakon, tetapi banyak yang memerlukan komitmen masa panjang. Jadi saya belum sedia untuk terima.

"Kalau ada tawaran kerja untuk tempoh masa pendek saya terbuka untuk terima sebab fokus saya sekarang adalah untuk anak di rumah," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain