suria

Uchee Fukada reda terima takdir, anak meninggal dunia selepas dilahirkan

Bayi Uchee tidak dapat diselamatkan.

PELAKON Uchee Fukada berkongsi berita duka pemergian anak keempat yang baru dilahirkan pada Rabu.

Uchee atau nama sebenarnya Nurlina Syafiqah Zakbah, 33, berkata bayi lelaki yang diberi nama Ezmeth Maleeq itu tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia selepas dilahirkan.

Justeru itu, dia memohon orang ramai menitipkan doa buat cahaya matanya itu.

uchee1 - 1

Uchee berkongsi khabar duka di Instagram.

"Saya pasti ramai yang tertanya-tanya akan keadaan saya selepas melahirkan. Alhamdulillah syukur saya sihat setakat ini.

"Tapi aturan Allah Maha Hebat. Anak saya Ezmeth Maleeq (diberi nama) tidak dapat diselamatkan. Sekasih-kasih saya sebagai seorang ibu, kasih lagi Allah pada anak saya.

"Dengan penuh rendah diri, saya pohon semua sahabat dan kenalan saya titipkan doa buat anak syurga yang amat saya kasihi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Liyana Jasmay meninggal dunia akibat kanser

ARTIKEL BERKAITAN: Geram ditegur gemuk! Uchee Fukada akhirnya dedah derita kanser usus, peluang hidup 50-50 - "Sel tu ada lagi tapi tak aktif"

Uchee berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Meskipun masih berduka, Uchee bersyukur kerana segala urusan dipermudahkan daripada proses kelahiran hinggalah pengebumian pada petang Khamis.

Malah, dia juga sudah reda dan menerima takdir yang tertulis buat mereka sekeluarga.

"Alhamdulillah Allah mudahkan semua perkara dari proses bersalin sehinggalah hari pengebumian anakanda tercinta saya pada Khamis selesai solat Asar.

"Saya dan keluarga berlapang dada menerima takdir yang Allah dah tulis pada kami selapang-lapangnya," ujarnya.

Sementara itu, pelakon drama Nur 2 itu juga memohon maaf kepada semua pihak kerana masih belum mampu membalas pertanyaan berkaitan bayinya itu.

"Maaf kalau dua hari ini saya tidak menjawab apa-apa panggilan atau mesej daripada sesiapa. Saya dan keluarga perlukan ruang untuk diberikan kekuatan.

uchee2 - 1

Uchee reda dengan takdir yang diterima.

"Dan kini, saya kumpul segala kekuatan yang ada dalam diri untuk menulis apa yang terjadi pada saya.

"MasyaAllah rasa bagaikan mimpi, tapi inilah realiti yang harus saya telan. Demi keluarga dan anak-anak yang ada depan mata.

"Sebagai rusuk kiri suami dan juga kekuatan pada anak yang lain, saya harus tabah dan kuat menjalani kehidupan seperti biasa. Doakan saya ya," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain