SELEPAS beberapa kali gagal dalam percintaan, pelakon dan pengacara Qi Razali memberitahu dia mahu mencari seseorang yang bukan dalam industri seni untuk dijadikan isteri. Memandangkan usia semakin meningkat, Qi atau nama sebenarnya Qushairi Mohammed Razali Wong, 45, berkata dia kini lebih terbuka dalam memilih pasangan hidup. "Mungkin selepas ini saya dah tak memilih sangat dah, kalau ada pun yang cukup membahagiakan sudah memadai. Qi tidak mahu pasangan dari industri seni. "Selepas ini saya akan lebih terbuka dan mungkin orang biasa sahaja. Biar saya seorang sahaja yang berada dalam industri ini. "Kalau orang biasa dia mungkin kurang tahu selok belok mengenai industri ini jadi pemikiran dia akan lebih seimbang," katanya kepada mStar. Qi berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Multimedia yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: “Bermaafan itu penting” - Radhi ziarah Qi Razali, peminat lega sengketa sudah terlerai ARTIKEL BERKAITAN: Qi Razali gerak solo, beri bayangan kemelut dengan OAG... “Aku tisu tandas, guna selagi aku bernyawa” Dalam pada itu, Qi juga menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya dia mengutamakan rupa paras sebelum dijadikan teman wanita. Ujar Qi, dia mahukan kekasih yang memahami selain mengakui bahawa pernah bertemu dengan seseorang yang sesuai dengan dirinya suatu ketika dahulu. "Ramai yang anggap saya memilih yang cantik sahaja tapi sebenarnya yang cantik itu yang pertama saya nampak. Yang saya kenal (hati) itu sebenarnya yang akan saya simpan. "Cantik itu memang perlu ada tapi untuk perkahwinan yang lama saya perlukan seseorang yang betul-betul kena dengan jiwa saya. Saya pernah bernasib baik suatu ketika dulu. QI RAZALI PELAKON/PENGACARA "Saya pernah bernasib baik (dalam percintaan) suatu ketika dulu, tapi masa itu saya mungkin muda sangat. Tapi bila saya pula yang dah bersedia, jumpa pula pasangan sebaliknya," ujarnya. Mengulas lanjut mengenai pasangan hidup, Qi memberitahu arwah bapanya terkilan apabila dia satu-satunya anak yang masih belum mendirikan rumah tangga. "Arwah ayah saya antara yang kecewa apabila saya belum bernikah lagi, sebelum dia pergi dia ada cakap sempat atau tidak tengok tapi kalau boleh dia nak anak dia semua berkahwin dan berikan cucu. Qi mahu tunaikan impian ibu lihat dirinya berkahwin. "Saya nak juga beri ibu saya tengok dia punya cucu, itu impian dialah. Paling tidak saya harap ibu saya sempat tengok," luahnya. Sebelum ini, Qi pernah dikaitkan dengan penyanyi Yuna sekitar 2009 hingga 2012. Malah dia juga pernah menjalinkan hubungan dengan aktres Nelydia Senrose pada 2013 hingga 2016. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!