suria

Isaac Voo peserta pertama tersingkir ‘Big Stage 5’, juri guna Imuniti X selamatkan Naufal Azrin

Isaac tersingkir, Naufal terselamat di Big Stage 5.

PERJALANAN Isaac Voo di pentas Big Stage 5 (BS5) terhenti apabila diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir pada minggu kedua yang berlangsung pada malam Ahad.

Isaac yang menduduki tiga markah terendah bagaimanapun tersingkir selepas juri menggunakan Imuniti X menyelamatkan salah seorang peserta iaitu Naufal Azrin.

Bertemakan Lagu-Lagu Rancak, Up Beat, Isaac menyampaikan lagu Terhangat Di Pasaran yang pernah dipopularkan oleh Kumpulan KRU.

isacc 2

Isaac tidak layak teruskan saingan.

Menurut juri tetap iaitu Ajai, Isaac mempunyai populariti yang bagus namun nyanyian itu tidak setanding popularitinya.

"Populariti awak dikenali, tetapi nyanyian kena seiring dengan populariti. Malam ini paling tak sedap. Banyak flat, stamina tak ada.

"Bila dah tahu ada kehendak kena menari awak kena fit, banyak bergerak tapi awak tak ada stamina itu.

"Kita tak nak populariti hanya sekadar muka. Untuk saya perbaiki bukan lebih memgenali. Bakat datang dulu baru rupa," komennya selepas persembahan

Manakala Andmesh, selaku juri jemputan pula berpendapat Isacc lebih sesuai jika menyanyi bersama kumpulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage 5 buat kejutan, pelawak popular Indonesia Rina Nose pengacara bersama Elly Mazlein

ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal berani labur jutaan ringgit untuk ‘Big Stage’, jadi artis pertama taja program nyanyian

"Akan lebih seronok kalau awak menyanyi bersama kumpulan awak, itu pendapat saya," ujarnya.

Selain Isaac dan Naufal Azrin, Aufahanie juga merupakan peserta yang menerima markah terendah.

10 peserta lain yang layak meneruskan saingan ialah Kumpulan COEX, Dem Lepak Boyz (Duo), Firdaus Rahmat, Nadeera, Meer Nash, Putera Muhammad, Puteri Khareeza, Farhan Shah, Waode, dna Hoondoo.

Selain Ajai dan Aina Abdul selaku juri tetap, kerusi presiden netizen minggu ini diwakili oleh Ryan Bakery.

BS5 bersiaran secara langsung dari Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor.

BS5 dikendalikan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) setiap Ahad, pukul 9 malam.

Juara bakal bawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro manakala pemenang tempat kedua pula akan memenangi RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Manakala pemenang tempat keempat, kelima dan keenam pula tidak akan pulang dengan tangan kosong yang mana masing-masing bakal membawa pulang RM15,000, RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain