suria

“Mungkin sebab saya tak ada title PU”... Baby Shima lantang isu pendakwah bantah konsert, tiada niat hina agama

Shima tidak pernah berniat menghina agama.

TINDAKAN penyanyi Baby Shima lantang membidas kenyataan pendakwah bebas mengenai penganjuran konsert kumpulan Coldplay di Malaysia mengundang rasa kurang senang netizen.

Menjawab mengenai isu ini, Shima atau Nor Ashima Ramli, 28, berkata apa yang diluahkan olehnya itu hanyalah pandangan peribadi dan tiada niat menghina Islam.

Sedar diri kurang ilmu agama, Shima bagaimanapun berkata dia juga mempunyai hak mengeluarkan pendapat dan peminat ada pilihan untuk hadir atau menolak majlis berbentuk hiburan sedemikian.

baby shima 1

Teguran PU Syed terhadap Shima.

"Saya beritahu apa pendapat saya sahaja. Mungkin disebabkan saya tiada title PU (Pencetus Ummah) saya tak boleh suarakan pendapat? Adakah cuma yang ada title PU je yang boleh bercakap?

"Namun tuduhan bahawa saya menghina agama, keluarkan fatwa, malah fatwa yang songsang adalah tuduhan yang berniat jahat dan fitnah.

"Saya cuma menggunakan hak saya dalam memberikan pendapat peribadi secara umum. Sekiranya tidak mahu ke konsert, tidak perlu ke konsert!" katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tunjuk dapat IC Indonesia, Baby Shima kena bahan lagi! Gelar netizen mulut puaka penganggur... offer kerja cuci jamban

ARTIKEL BERKAITAN: Baby Shima tampil sopan, tapi netizen minta jaga bahasa - “Ayat biar ikhlas jangan menyindir sangat”

Sebelum ini Shima memuat naik kritikan secara terbuka mengenai kenyataan pendakwah bebas PU Syed membantah penganjuran konsert Coldplay dan menyifatkan kedatangan kumpulan terbabit tidak memberi manfaat kepada ummah.

Tindakan Shima menulis luahan itu bagaimanapun mengundang rasa kurang senang ramai pihak dan dianggap mempersendakan hukum agama.

Alangkah baiknya jika pihak-pihak ini boleh menghubungi saya sekiranya mereka tidak faham apa yang saya cuba sampaikan

BABY SHIMA

PENYANYI

Dalam pada itu, penyanyi lagu Lalai ini berkata dia terbuka menerima teguran, namun haruslah secara bersemuka dan bukan kecaman di media sosial.

Tegas Shima, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ada pihak berterusan memfitnah dan menuduhnya mencemarkan imej agama.

baby shima 3

Shima terbuka menerima teguran secara bersemuka.

"Alangkah baiknya jika pihak-pihak ini boleh menghubungi saya sekiranya mereka tidak faham apa yang saya cuba sampaikan.

"Saya juga sudi dan bersedia menerima teguran bukan serangan tanpa usul periksa.Saya juga akan rujuk kepada pihak peguam , sekiranya perlu untuk ambil tindakan susulan," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain