suria

[V] Persembahan hambar kerana kurang sihat, Isaac Voo minta jangan salahkan juri... “Saya akan buktikan pada abang Ajai”

Isaac tetap positif walaupun jadi perserta pertama tersingkir BG5.

FAKTOR kesihatan menjadi punca penyanyi Isaac Voo gagal melakukan persembahan terbaik sehingga tersingkir di minggu kedua program Big Stage 5 pada malam Ahad.

Kecewa kerana gagal meneruskan saingan dalam program berkenaan, Isaac, 28, berkata dia sudah berusaha sehabis baik, namun rezeki itu tidak memihaknya.

"Sebenarnya masa latihan dua hari lepas saya memang tiada suara, jadi hari ini saya tak dapat lakukan terbaik.

Isaac reda tersingkir pada minggu kedua.

"Sayang sebab minggu depan saya nak tunjuk sesuatu yang lain tapi tak kesampaian. Tapi hari ini walaupun saya tak sihat tapi saya janji dengan diri sendiri untuk buat persembahan terbaik," katanya.

Isaac berkongsi perkara itu selepas tamat BS5 minggu kedua yang berlangsung di Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam, Selangor pada malam Ahad.

Dalam pada itu, anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu memberitahu dia sedikit keliru mengenai konsep penyingkiran program berkenaan.

Dia bagaimanapun tidak menyalahkan pihak juri sekali gus percaya ada sebab keputusan itu dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Isaac Voo peserta pertama tersingkir ‘Big Stage 5’, juri guna Imuniti X selamatkan Naufal Azrin

ARTIKEL BERKAITAN: Big Stage 5 buat kejutan, pelawak popular Indonesia Rina Nose pengacara bersama Elly Mazlein

"Markah saya paling rendah, masa tahu Naufal tersingkir saya terkejut. Bila juri kata nak guna Imuntiti X, saya keliru dengan situasi itu.

"Bila cakap nak guna Imuntiti X barulah saya sedar saya yang tersingkir.

"Tapi saya percaya juri pilih saya atas sebab tersendiri, mereka pasti tak akan buat keputusan yang tak sepatutnya. Jadi saya terima dan akan buat lebih baik lain kali," ujarnya.

Saya harap peminat saya tak sedih sebab ini adalah adat ada turun dan naik.

ISAAC VOO

PENYANYI

Dalam pada itu, Isaac berharap peminatnya tidak menyerang juri mahupun Naufal yang dikatakan menjadi punca dia tersingkir.

Malah dia juga tidak berkecil hati dengan sebarang komen sebaliknya menerima dengan terbuka.

"Saya minta maaf kepada peminat saya sebab mereka selalu undi saya tapi tak apa ini bukan pengakhiran. Saya akan buat lebih baik lagi.

"Saya harap peminat saya tak sedih sebab ini adalah adat ada turun dan naik, saya okay dan saya harap peminat pun okay.

Isaac akan bukitkan mampu menyanyi dengan baik.

"Walaupun saya tersingkir tapi jangan serang sesiapa, saya akan buktikan pada Abang Ajai yang saya boleh menyanyi.

"Saya tidak berkecil hati, dia di sana sebagai juri jadi saya terima segala komen dengan hati terbuka. Ini adalah sebab kenapa saya sertai Big Stage untuk dengar mana yang perlu saya baiki," jelasnya.

Selain Isaac, Naufal dan Afuahanie antara perserta yang mendapat markah terendah untuk minggu kedua ini.

Manakala Nadeera, Waode dan Putera Muhammad antara tiga yang tertinggi dengan markah 85.67 peratus, 84 peratus dan 68.67 peratus.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain