ANGGOTA kumpulan Dolla iaitu Angel menjelaskan hubungannya dengan pelakon Nadhir Nasar hanya sekadar teman biasa dan bukannya pasangan kekasih seperti didakwa netizen. Angel atau Angelina Chai Ka Ying, 23, berkata, hubungan mereka akrab sebagai rakan sejak bertemu di sebuah program televisyen beberapa bulan lalu. "Berbalas komen itu tidak membawa maksud apa-apa, cuma berteman biasa sahaja. Kami kalu berjumpa di luar pun hanya sekadar bertanya khabar sahaja. Angel anggap Nadhir tak lebih sebagai kawan. "Kami kenal pun ketika sama-sama muncul dalam program MeleTop... keluar berdua pun tidak pernah," katanya kepada mStar. Angel berkongsi perkara itu ketika ditemui di pertemuan media bersama Universal Music di Kuala Lumpur yang berlangsung pada malam Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Sering berbalas komen, Nadhir Nasar terkejut timbul gosip cinta dengan Angel Dolla ARTIKEL BERKAITAN: Dolla guna khidmat penulis Sweden, kembali dengan single rancak ‘Look At This’ Dalam pada itu, Angel mendedahkan dia pernah diserang peminat fanatik aktor berusia 27 tahun itu kerana tidak berpuas hati dengan gosip mengatakan mereka bercinta. Pun begitu katanya, dia tidak menyimpan rasa marah kerana memahami perasaan mereka sebagai peminat fanatik. "Itu perkara biasa. Saya tak rasa apa-apa sebaliknya faham perasaan mereka sebagai peminat," jelasnya. Sementara itu, Angel berkata, dia juga seorang peminat Nadhir terutama lakonannya menerusi siri popular Projek: High Council yang mencipta fenomena sebelum ini. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!