suria

Fahmi Fadzil bakal ambil tindakan individu jual semula tiket Coldplay

Fahmi bakal ambil tindakan terhadap scalper.

MENTERI Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bakal mengambil tindakan terhadap tindakan individu yang menjual semula tiket konsert kumpulan Coldplay iaitu Music of the Spheres World Tour yang akan diadakan pada November depan.

Fahmi menerusi ciapan di Twitter memaklumkan beliau dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup iaitu Salahuddin Ayub akan bertindak bagi menyelesaikan masalah yang sedang menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet itu.

"Ini keterlaluan. Isu tiket di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup. Insya Allah saya bangkit dengan Salahuddin Ayub," katanya.

Menurut Fahmi, peminat harus mendapatkan tiket konsert daripada sumber yang sah bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan tiket.

fahmi1 - 1

Peminat kecewa tidak dapat membeli tiket konsert Coldplay.

Hal ini berlaku selepas tiket untuk konsert kumpulan rock British itu habis dijual dalam tempoh tiga jam berikutan permintaan luar biasa peminat pada Rabu.

Bagaimanapun, terdapat individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan daripada peminat fanatik Coldplay dengan menawarkan harga tiket tidak masuk akal untuk keuntungan peribadi.

Tiket asal dijual dengan harga bermula RM228 untuk kategori tujuh namun dijual semula dengan harga RM1,749 iaitu hampir lapan kali ganda daripada harga sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Scalper' jual tiket Coldplay RM43,000! Peminat geram minta penganjur tambah tarikh konsert

ARTIKEL BERKAITAN: "Mungkin sebab saya tak ada title PU"... Baby Shima lantang isu pendakwah bantah konsert, tiada niat hina agama

Sementara itu, di Carousell tiket kategori empat dan lima yang asalnya berharga RM598 dan RM498 dijual pada harga RM2,499 dan RM3,000.

Konsert berkenaan bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November depan dan sebanyak 85,000 tiket sudah pun habis terjual.

Konsert siri jelajah itu juga bakal dianjurkan di negara Asia terdekat seperti Singapura, Indonesia dan Thailand.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain