suria

Safura tak tahu insiden jari suami putus, Shahronizam minta tolong jiran dalam keadaan berlumuran darah

Shahronizam menunjukkan jari kelingkingnya yang putus.

MENCERITAKAN kembali detik terputus jari kelingking ketika memotong ayam pada 10 April lalu, pelakon Shahronizam Noor memberitahu insiden cemas itu berlaku ketika dia keseorangan di rumah.

Dalam keadaan jarinya sudah terpotong dan berlumuran darah, Shahronizam, 51, berkata, dia tetap dalam keadaan tenang sebelum meminta bantuan jiran untuk membawanya ke hospital.

"Saya terpaksa tenangkan diri. Sempat balut tangan dan lihat sendiri jari sudah terputus. Kalau dalam keadaan cemas mungkin aliran darah akan lebih laju. Kalau saya panik mungkin boleh pengsan.

"Ketika itu saya baru pulang dari lokasi penggambaran dan keseorangan di rumah. Jadi selepas kejadian saya minta bantuan jiran untuk hantar ke hospital," katanya kepada mStar.

shahronizam1 - 1

Shahronizam terasa kekok selepas kehilangan separuh bahagian jari kelingking.

Dalam pada itu, Shahronizam berkata, dia juga tidak segera memaklumkan kejadian kepada isterinya iaitu Safura memandangkan pelakon dan penyanyi itu sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura.

Ketika dia memberitahu kejadian itu kepada ahli keluarga, dia juga tidak mendedahkan jari kelingkingnya sudah terputus.

ARTIKLEL BERKAITAN: Jari kelingking pelakon Shahronizam putus, terkena pisau ketika potong ayam

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat buang ketumbuhan di kepala, Shila Amzah dedah cyst melarat di mata Ubai pula

"Rasanya selepas setengah jam di hospital baru saya beritahu keluarga. Mula tidak maklumkan jari putus namun terpaksa jelaskan sebab anak nampak keadaan jari saya pendek.

"Isteri pula dalam perjalanan pulang dan tidak mahu buat dia bimbang. Ketika itu saya sudah berada di hospital dan akan menerima rawatan jadi pasti keadaan saya sudah selamat.

"Kalau boleh tak mahu buat orang lain rasa panik disebabkan kejadian itu kerana mereka dalam perjalanan dan mungkin perkara lain boleh berlaku jika terlalu risau," ujarnya.

Saya terpaksa tenangkan diri. Sempat balut tangan dan lihat sendiri jari sudah terputus.

SHAHRONIZAM NOOR

PELAKON

Bercerita tentang keadaannya kini, kata aktor ini dia masih terasa kekok selepas kehilangan separuh bahagian jari kelingking itu.

Shahronizam juga terpaksa menolak dua tawaran kerja disebabkan kejadian yang berlaku.

"Sekarang ini pergerakan agak terbatas sedikit. Tangan pun masih belum kuat dan gengaman juga tidak kuat.

shahronizam2 - 1

Shahronizam terpaksa menolak dua tawaran berlakon.

"Selepas kejadian itu saya terpaksa tolak dua tawaran kerja dan mengambil tempoh rehat agak lama. Syukur ada wang insurans yang dapat membantu untuk tampung perbelanjaan," ujarnya.

Dalam kejadian sebelum ini, jari Shahronizam terputus apabila pisau yang digunakan untuk memotong ayam itu tersasar.

Prosedur untuk menyambungkan semula bahagian terputus tidak dapat dilakukan kerana tiada doktor pakar yang bertugas pada malam tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain