suria

Selamat buang ketumbuhan di kepala, Shila Amzah dedah cyst melarat di mata Ubai pula

Shila terharu lihat Ubai layan peminat walaupun dalam keadaan tidak sihat.

PENYANYI Shila Amzah meluahkan rasa syukur apabila buah hatinya iaitu personaliti media sosial Ubai selamat menjalani pembedahan kecil bagi membuang ketumbuhan pada bahagian kepalanya pada 12 Mei lalu.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, turut memohon doa peminat agar kesihatan teman lelakinya itu sentiasa berada dalam keadaan baik dan diberi kesembuhan segera.

"Doakan sayang saya ini segera sembuh. Nasib baik tak hilang ingatan selepas pembedahan hari itu," katanya.

Gelagat Ubai bersama peminat dirakam Shila.

Shila berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya yang turut memaparkan Ubai sedang bergambar bersama peminat.

Menerusi perkongsian sama, Shila melahirkan rasa terharu terhadap Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, yang sanggup melayan peminat walaupun kesihatannya tidak mengizinkan.

Dalam pada itu, Shila turut meluahkan rasa bimbang apabila terdapat satu lagi ketumbuhan dikesan di bahagian mata Ubai sehingga matanya kelihatan senget sebelah.

ARTIKEL BERKAITAN: “Bimbang ia semakin membesar” - Ubai selamat jalani pembedahan buang ketumbuhan di kepala

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Kita ikut adat”... Ubai dah beli cincin, bersedia kahwin Shila Amzah

"Dalam mata senget sebelah pun masih ada orang nak ambil gambar dengan dia.

"Mata dia itu ada cyst tahu tak... lepas ketumbuhan dekat belakang otak, sekarang dekat mata pula," katanya.

Pada 12 Mei lalu, Ubai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan itu selepas mendapat nasihat doktor.

Ubai menyedari kehadiran ketumbuhan di kepalanya itu sejak tiga tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain