PENYANYI Irfan Harris memasang impian untuk melebarkan karier seninya ke Indonesia apabila memilih bernaung di bawah syarikat rakaman antarabangsa EMI Music Malaysia. Irfan atau Ifran Haris Othman, 22, berkata, bagi merialisasikan hasrat itu, dia bakal menghasilkan lagu yang mempunyai elemen muzik negara seberang itu agar lebih mudah memikat hati pendengar di sana. "Saya akan mengekalkan genre balada cuma mungkin saya nak tukar sedikit dengan menyuntik vibes Indonesia kerana ingin memasuki pasaran negara itu. "EMI bukan syarikat rakaman tempatan dan bertaraf antarabangsa. Insya Allah pihak pengurusan mempunyai perancangan untuk ke arah itu. Irfan mahu melebarkan sayap ke Indonesia. "Tapi sebelum ini, saya ingin mendominasi pasaran tempatan terlebih dahulu dan kalau sudah ada satu lagi 'besar', baru kami akan luaskan pasaran ke luar negara," katanya kepada mStar. Irfan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media majlis pelancaran semula EMI Music Malaysia yang diadakan di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Selasa. Selain Ifran, EMI turut memperkenalkan seorang lagi artis naungan mereka iaitu Ezra Kairo. ARTIKEL BERKAITAN: Irfan Haris bukti artis juga cemerlang dalam pelajaran, dapat anugerah pelajar terbaik ARTIKEL BERKAITAN: Irfan Haris masuk hospital akibat sakit tekak teruk, terpaksa tangguh pembedahan demi lancar lagu baharu Dalam pada itu, Irfan berkata, sebagai artis generasi baharu, dia berbesar hati dipilih menjadi salah seorang penyanyi yang dapat bernaung di bawah syarikat berkenaan. Malah katanya, dia percaya EMI Music Malaysia dapat membawa karier nyanyiannya ke tahap lebih baik dan berjanji akan memberi sepenuh perhatian dan kerja keras. "Saya memang mengharapkan sesuatu yang besar daripada EMI kerana kita sedia maklum akan legasi dicipta sebelum ini. Tekanan itu ada sebab ia label yang besar dan dikenali. Saya memang mengharapkan sesuatu yang besar daripada EMI kerana kita sedia maklum legasi dicipta sebelum ini. IRFAN HARIS PENYANYI "Tapi apa yang boleh saya katakan, saya akan bekerja 110 peratus untuk mencapai legasi EMI itu sendiri apatah lagi pihak label meletakkan kepercayaan penuh kepada saya," ujarnya. Untuk rekod, EMI Music mula bertapak di Malaysia sejak 1966 namun pada 2013 ia diambil alih oleh Universal Music Malaysia. Ketua Pegawai Eksekutif Universal Music Asia Tenggara, Calvin Wong berkata, pihaknya mahu melancarkan semula jenama EMI yang pernah mendominasi pasaran muzik tempatan suatu ketika dahulu. Irfan dan Ezra (dua dari kanan) merupakan artis rakaman EMI. "Kami mahu melancarkan semula jenama EMI yang merupakan syarikat rakaman antarabangsa pertama di Malaysia," ujarnya. EMI pernah menjadi 'rumah' kepada ramai seniman dan penyanyi legenda Malaysia seperti Tan Sri P. Ramlee, Puan Sri Saloma, Datuk Sudirman, Datuk Sharifah Aini, Uji Rashid, Datuk DJ Dave, Carefree, Black Dog Bone, Noorkumalasari dan Datuk Sheila Majid. Tidak ketinggalan Fauziah Latiff, Ella, KRU, OAG, Innuendo, Butterfingers, Amuk, Ekamatra dan Too Phat. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!