suria

Video ‘Wes Anderson’ bayangan bakal nikah, Cat Farish anggap Shikin Maembong calon paling tepat

Cat mahu segera bernikah dengan Shikin.

PENYANYI dan komposer Cat Farish tidak menolak bakal menamatkan zaman duda dengan teman wanitanya iaitu Shikin Maembong meskipun hubungan cinta yang terjalin di antara mereka masih baru.

Cat atau Farish Ramli, 49, berkata, perbincangan ke arah itu juga sudah dilakukan antara kedua-dua belah pihak namun masih belum menetapkan sebarang tarikh tertentu untuk melangsungkan perkahwinan.

"Semuanya bergantung kepada perbincangan untuk ke arah itu. Saya pun tidak boleh cakap kami akan berkahwin dalam masa terdekat.

cat farish 3

Cat dan Shikin beri bayangan akan bernikah dalam masa terdekat.

"Setakat ini belum tetapkan sebarang tarikh lagi. Namun kami akan beritahu kepada semua jika ingin berkahwin nanti. Tak mahu timbul fitnah kalau tiba-tiba orang nampak kami berkahwin," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Sebelum itu Cat berkongsi sebuah video bersama Shikin atau Siti Nur'Ashikin Ismail, 40, mengikut trend Wes Anderson di laman Instagarm milik mereka.

Dalam video berkenaan, Cat meletakkan kapsyen seolah-olah mahu segera berkahwin selain memberi tanda angka 15 sebagai tarikh pernikahan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak restu hubungan Cat Farish dan Shikin Maembong, tak mahu bercinta lama-lama

ARTIKEL BERKAITAN: Anak buat Shikin Maembong terbuka hati bercinta, kagum sikap kebapaan Cat Farish - “Arianna panggil dia daddy”

Kata Cat, setiap paparan dalam video tersebut mempunyai maksud tersendiri dan akan berkongsi perjalanan hari pernikahan mereka dalam satu hantaran berbeza akan datang.

Ditanya tentang persiapan majlis perkahwinan, Cat enggan bercerita lanjut tetapi memberitahu mereka bakal bersanding selepas pernikahan.

"Ada cerita di sebalik video tersebut. Nak tahu lanjut tunggu sahaja video seterusnya.

Keputusan untuk berkahwin ini bukan dibuat secara terburu-buru. Ia adalah satu yang betul terjadi apabila perasaan itu sudah datang

CAT FARISH

PENYANYI/KOMPOSER

"Dari segi persiapan tidaklah kami banyak berbelanja untuk majlis nanti. Cuma yang pasti akan bersanding," ujarnya.

Sementara itu, Cat yakin Shikin adalah pilihan tepat untuk dijadikan isteri meskipun pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini.

"Keputusan untuk berkahwin ini bukan dibuat secara terburu-buru. Ia adalah satu yang betul terjadi apabila perasaan itu sudah datang. Namun bagi kami restu kedua ibu bapa sangat penting.

cat farish 2

Cat sudah bertemu keluarga Shikin.

"Selepas bercerai sebelum ini ada juga rasa takut untuk kembali ada hubungan. Apabila sering ada perasaan begitu ia juga ibarat satu doa yang tidak elok buat saya.

"Sekarang sudah berjumpa dengan seorang wanita yang serasi dan tepat buat saya. Kalau boleh memang nak cepat bernikah," jelasnya.

Sebelum itu, Cat juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12 tahun.

Kemudian dia kembali berkahwin dengan Suriani Hassan pada 20 November 2020 namun pasangan itu bercerai pada Februari lalu.

Manakala Shikin, 40, pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Nadzri Redzuwan yang juga anak kepada cef selebriti Datuk Redzuwan Ismail atau Cef Wan pada 5 Disember 2014.

Pasangan itu yang dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Arianna Natasya, 8, bercerai pada Jun 2016.

Shikin juga pernah bergelar isteri kedua pada Mac 2020 namun bercerai dua tahun kemudian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain