suria

Nyanyian terapi buat Linda Rafar, ‘Sujud’ cerita pelbagai ujian kehilangan orang tersayang

Linda selesa menyanyi berbanding berlakon ketika ini.

PENYANYI dan pelakon Linda Rafar teruja apabila akhirnya berpeluang melancarkan single terbaharunya berjudul sujud yang juga merupakan runut bunyi drama Zuriat Dari Penjara.

Linda atau Azlinda Abdul Rafar, 45, berkata, dia tertarik dengan lagu ciptaan HerdaSyira itu kerana liriknya seakan menceritakan kisah hidupnya yang diuji pelbagai dugaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Sujud sebenarnya adalah lagu untuk kemunculan semula saya sebagai penyanyi dan apabila rakaman selesai baru saya perasan ia sesuai dijadikan lagu runut bunyi drama berkenaan.

"Saya diberi beberapa pilihan termasuk lagu rancak tetapi pada tahap sekarang rasanya sudah tidak sesuai menyanyikan lagu genre itu dan memilih lagu ini," katanya kepada mStar.

324888152_1704211263306190_3433827525108419333_n

Linda semasa menyanyikan lagu Sujud di majlis pelancaran.

Dalam pada itu, Linda menjelaskan Sujud memperlihatkan cara nyanyian dan penyampaian berbeza berbanding ketika dia bersama kumpulan Elite.

Katanya lagi, penggubah lagu itu juga banyak mengajarnya teknik nyanyian suara angin bagi mendapatkan 'feel' tepat dalam menzahirkan liriknya yang penuh makna.

"Lagu ini berbeza dengan lagu saya sebelum-sebelum ini. Alhamdulillah pertemuan dengan HerdaSyira banyak memberi saya peluang untuk belajar teknik dan kaedah nyanyian lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas setahun tiada respons... Linda Rafar teruskan saman doktor, tuntut ganti rugi RM1 juta

ARTIKEL BERKAITAN: “Sekali hilang... memori juga hilang!” - Linda Rafar lega dapat semula Instagram 900,000 pengikut

Tambah Linda, dia juga tidak kisah jika lagu tersebut dianggap mempunyai elemen ketuhanan memandangkan dia kini banyak melibatkan diri dengan aktiviti keagamaan.

"Saya suka (jika dianggap sebagai lagu ketuhanan), sekarang ini saya pun lebih fokus dengan keluarga dan banyak libatkan diri dengan keagamaan.

"Saya suka buat perkara-perkara ini sebab bagi saya tenang dan gembira. Kalau orang nak kata sebagai lagu ketuhanan, Alhamdulillah. Tapi tak semestinya saya tak boleh menyanyi lagu-lagu Elite," katanya lagi.

Kalau orang nak kata sebagai lagu ketuhanan lagi Alhamdulillah.

LINDA RAFAR

PENYANYI/PELAKON

Dalam perkembangan lain, Linda memberitahu dia banyak menolak tawaran berlakon kerana mahu meluangkan lebih masa bersama keluarga selain fokus kepada projek lain.

Kata Linda lagi, dia sebenarnya lebih meminati bidang nyanyian berbanding lakonan kerana menganggap ia sebagai terapi diri.

"Saya sebenarnya lebih minat menyanyi berbanding berlakon sebab itu saya banyak tolak tawaran berlakon, rasa macam tak ada jiwa tapi bagi saya menyanyi itu terapi.

"Saya tak pernah hilang dari industri seni... masih ada lagi ada buat persembahan jika ada jemputan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain