suria

Ameng hadir majlis pertunangan anak bukti A. Aida tak pernah bermusuh, mahu bekas suami jadi wali

Ameng hadir meraikan hari pertunangan anaknya, Aleesa.

TIDAK pernah bermusuhan meskipun sudah bercerai sejak 20 tahun lalu, penerbit drama Datuk A. Aida tetap mahu bekas suaminya iaitu penyanyi Ameng Spring hadir ke majlis pertunangan anak sulung mereka, Wan Az Aleesa, 27.

Kata A. Aida atau Zaidah Awang, 53, dia sendiri yang meminta Aleesa untuk mengajak Ameng agar hadir pada majlis yang berlansung di Janda Baik, Pahang pada petang Sabtu.

"Saya tidak pernah bermusuhan dengan semua bekas suami. Sebelum ini pun selalu berjumpa dan bertegur dengan Ameng dalam mana-mana majlis.

a aida 3

Aleesa dan Zain bakal bernikah Julai ini.

"Bagi saya walaupun kami sudah berpisah, hubungan antara anak dan bapa tidak boleh dipisahkan. Jadi saya sudah pesan kepada Aleesa untuk menjemput bapanya dapat bersama pada majlis pertunangan.

"Saya juga mahu Ameng menjadi wali pada majlis pernikahan nanti. Mestilah lebih kalau bapa sendiri yang menikahkan anak sulung kami," katanya ketika dihubungi mStar.

Aleesa melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya bernama Zain Azrai Abdul Aziz yang merupakan seorang juruterbang dan bakal disatukan pada 15 Julai nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Cemburu lihat orang lain bahagia, A. Aida doa jumpa jodoh terakhir... mahu lelaki berkarier dan penampilan menarik

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amelia Henderson terima padah langgar kontrak dan fitnah... A. Aida dapat habuan RM200,000

Teruja bakal menyambut menantu, A. Aida sendiri yang bertindak menguruskan majlis tersebut termasuk hari pernikahan yang dirancang akan diadakan pada Julai nanti.

"Selama ini saya hanya melihat rakan-rakan uruskan majlis anak. Sekarang ini saya sendiri dapat merasakan pengalaman itu.

"Memanglah teruja dan sebab itu saya mahu uruskan semua sendiri. Biarlah penat sekalipun saya sanggup sebab sebagai seorang ibu ini adalah tanggungjawab saya bagi memastikan Aleesa gembira," ujarnya.

Saya tidak pernah bermusuhan dengan semua bekas suami... Sebelum ini pun selalu berjumpa dan bertegur dengan Ameng dalam mana-mana majlis.

DATUK A. AIDA

PENERBIT

Bercakap tentang majlis pernikahan nanti, menurut A. Aida dia tidak pernah meletakkan sebarang jumlah besar untuk wang hantaran meskipun bakal menantunya itu juga dari latar belakang keluarga berada.

Bagi A. Aida, apa yang lebih penting adalah Zain mempunyai kerjaya sendiri dan tidak akan hanya bergantung harap atas kemewahan hidup keluarga.

Tambahnya, keluarga bakal besan juga menerima baik statusnya sebagai seorang selebriti yang sentiasa menjadi perhatian ramai.

"Mereka menerima baik saya. Kami gembira dengan hubungan Aleesa dan Zain. Saya juga sudah maklumkan mungkin selepas ini mereka juga akan menjadi perhatian kerana status saya seorang selebriti.

a aida 2

A. Aida bersama tiga orang anaknya.

"Soal duit hantaran pula saya biarkan Aleesa berbincang sendiri dengan Zain. Saya tidak mengharapkan jumlah yang tinggi. Cukuplah Zain ada kerjaya dan boleh menangggung hidup bersama Aleesa nanti," jelasnya.

Selain Aleesa, A. Aida memiliki seorang lagi anak perempuan iaitu Wan Azevanatassha, 22, hasil perkahwinan bersama Ameng.

Beliau juga mempunyai seorang anak lelaki iaitu Muhammad Rahul hasil perkahwinan dengan Suffian Sulaiman.

Antara artis yang hadir pada majlis pertunangan itu ialah Ummi Nazeera, Putera Amaris, Ana Dahlia, Zul Huzaimi, Mubarak Majid dan Farahdhiya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain