suria

‘Cari Jodoh’ duet bersama Floor88 bergema di Zepp KL, Wali Band ambil kesempatan sebar dakwah ajak penonton ingat Allah

Penonton puas hati dengan konsert kumpulan Wali dan Floor 88.

KONSERT gabungan kumpulan Wali Band dan Floor88 menerusi Setlist Dream Festival Collaboration Vol. 2 meriah dengan kehadiran kira-kira 3,000 penonton yang membanjiri Zepp Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Membuka tirai konsert berkenaan, Floor88 tampil dengan kasi lincah bagi menghiburkan peminat menerusi enam buah lagu termasuk Zalikha, Hutang, Kong Kali Kong dan 24434.

Vokalis utamanya, Ayie juga tidak menghampakan apabila berjaya memberikan persembahan pembukaan cukup bertenaga dengan aksi lincahnya bagi membangkitkan kehangatan sebelum kemunculan band Indonesia itu.

Apa mencuri perhatian, Ayie sempat menyanyikan lagu Roadblock Hatiku bersama salah seorang peminat wanita.

Snapinsta.app_347856071_230839066332683_5567889087941136983_n_1080

Persembahan bertenaga daripada Ayie buat penonton terhibur.

Waktu yang dinanti-nantikan peminat akhirnya tiba apabila Wali Band muncul di pentas namun ada cara tersendiri memulakan set mereka pada malam tersebut.

Enggan berhibur semata-mata, Wali Band membawa penonton berhibur sambil mengingati Allah SWT menerusi lagu Cari Berkah dan meminta peminat sama-sama menyanyikan dan menghayati lagi berkenaan.

Apa menarik perhatian, vokalisnya Faank atau Farhan Zainal Muttaqin sempat mendoakan penonton yang hadir agar dipermudahkan semua urusan terutamanya dalam soal hutang, jodoh dan pekerjaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Konsert hadiah Lefthanded sempena 40 tahun berkarya, tampil bersama orkestra sebagai kelainan

ARTIKEL BERKAITAN: Slam tak puas hiburkan peminat, bakal anjurkan konsert ‘Nurkasih’ Ogos depan

Doa berkenaan disambut dengan laungan Amin penonton sebelum Farhan meneruskan persembahan dengan beberapa lagi seleksi lagu kerohanian seperti Tobat Maksiat, Kekasih Halal, Ada Gajah Di Balik Batu, Yank dan Aku Bang Toyib.

"Saya doakan peminat yang hadir ke konsert ini agar dapat selesaikan hutang yang ada, kalau masih mencari kerja segera diberi kerja dan kalau belum bertemu jodoh akan bertemu jodoh," katanya lagi.

Saya doakan peminat yang hadir ke konsert ini agar dapat selesaikan hutang yang ada.

FAANK

VOKALIS WALI

Sepanjang hampir empat jam konsert berlangsung, penonton puas dibuai dengan beberapa lagu mengimbau kenangan lama seperti Dik, Baik-Baik Sayang, Doaku Untukmu Sayang dan Puaskah.

Rata-rata penonton dapat menyanyi bersama walaupun lagu-lagu berkenaan telah memakan usia belasan tahun.

Sementara itu, Wali Band yang ditemui media sebelum konsert berlangsung memaklumkan memberitahu tidak menyangka lagu Cari Jodoh mendapat sambutan luar biasa peminat di negara ini.

Snapinsta.app_347832044_654886843129620_5349592017916145801_n_1080

Kumpulan Wali ajak peminat berhibur sambil mengingati pencipta.

Malah mereka berharap single terbaharu mereka nanti turut diterima baik pendengar apabila ia dilancarkan tidak lama lagi.

"Kami syukur Cari Jodoh dapat sambutan luar biasa, ia semuanya kuasa Allah. Kami juga ketika ini sedang merakamkan lagu terbaharu, doakan agar ia dapat diterima baik peminat termasuk di Malaysia," katanya.

Di penghujung konsert dapat menyakiskan Ayie dan Faank bergabung untuk menyanyikan lagu Cari Jodoh yang pastinya menggamitkan suasana dewan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain