PERKONGSIAN pelakon dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan di Instagram yang memperlihatkan anak bongsunya iaitu Aaisyah Dhia Rana ditolak ke dewan bedan meraih perhatian ramai. Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta berkata Aaisyah, 9, kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan gigi yang dipanggil Supernumerary Mesiodens Tooth di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur. Kata Che Ta, anak perempuan tunggalnya itu kini sedang mendapatkan rehat yang secukupnya selepas menjalani pembedahan berkenaan. Aaisyah berehat selepas pembedahan selesai. “Ikutkan sejak beberapa bulan lalu, dia (Aaisyah) sering mengadu tak selesa di bahagian giginya. “Jadi selepas dipermudahkan, pembedahan berjaya dilakukan hari ini. Menurut doktor, kes seumpama ini agak jarang terjadi iaitu kewujudan gigi lebih di bahagian tengah. “Kata doktor lagi, secara umumnya di dalam dunia ini ada sekitar 0.5 hingga 3 peratus kes seumpama itu,” katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Sambutan usia 50 tahun paling bermakna, Rozita Che Wan akhirnya pindah masuk banglo mewah RM10 juta ARTIKEL BERKAITAN: Telefon bimbit Rozita Che Wan hilang di London, penyeluk saku ‘buat kerja’ semasa sedang shopping baju Kata Che Ta, pembedahan tersebut perlu dilakukan bagi membolehkan pertumbuhan gigi kekal baharu anaknya itu berjalan dengan lancar. “Masa melakukan CT Scan baru-baru ini, baru nampak masalah yang timbul. Apabila dilakukan X Ray memang wujud masalah itu,” jelasnya. Aaisyah kuat semangat jalani pembedahan. Dalam pada itu, isteri kepada aktor Zain Saidin juga meluahkan rasa syukur apabila Aaisyah kuat semangat untuk menjalani pembedahan meskipun pada usia yang masih kecil. “Terima kasih yang mendoakan kesihatan dan keadaannya,” ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!