PENYANYI Meer Nash mendedahkan dia mengalami serangan panik sebelum membuat persembahan Konsert Big Stage 2023 (BS2023) minggu ketiga yang berlangsung pada malam Ahad. Kata Meer Nash atau Muhammad Shahmeer Mohd Nasrul, 27, kejadian itu dipercayai berlaku akibat pengambilan minuman tenaga sebelum naik ke pentas. "Minggu pertama dan kedua saya memang amalkan pengambilan minuman bertenaga. Iyalah sebab nak menunggu lama jadi perlukan tenaga tapi tak sedar pula minggu ketiga ini saya bawa lagu rentak perlahan dan ia memberi kesan. Meer Nash akui rasa gementar sebelum membuat persembahan. "Rasa gementar tu tak tahu macam mana nak gambarkan. Kadang-kadang sampai rasa nak sesak nafas," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin. Meer Nash sebelum itu berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Undi imuniti tidak dimanfaatkan dengan baik, Naufal Azrin tersingkir minggu ketiga Big Stage 2023 ARTIKEL BERKAITAN: Kemunculan bersama Diva AA jadi tumpuan, Meer Nash buat ‘crosswalk’ demi promosi Kajima Pada minggu ketiga BS2023 Meer Nash menyampaikan lagu berjudul Hari Ini yang dipopularkan oleh Hael Husaini. Dalam pada itu, Meer Nash mengakui kecewa apabila gagal memberikan persembahan terbaik dan menjadi tiga peserta menerima markah terendah daripada juri. Rasa gementar tu tak tahu macam mana nak gambarkan. Kadang-kadang sampai rasa nak sesak nafas. MEER NASH PENYANYI "Komen juri terhadap peserta sebelum saya juga menambah rasa gementar. Saya tak mahu ulang kesilapan sama seperti yang ditegur juri. "Saya kecewa dengan diri sendiri kerana tahu boleh memberikan persembahan terbaik. Ketika di atas pentas suara saya tak keluar dan menggeletar," ujarnya. Meer Nash kecewa gagal memberikan persembahan terbaik. Menganggap bukan rezekinya pada malam, Meer Nash bagaimanapun berjanji akan memberikan persembahan lebih bertenaga minggu hadapan. "Saya tahu boleh melakukan terbaik sebab balada adalah kekuatan saya. Mungkin bukan rezeki kali ini. "Saya berjanji akan melakukan lebih baik minggu hadapan kerana tema galau juga adalah kemampuan saya," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!