suria

Pernah terfikir mahu padam kisah pahit atau derita? ‘Alter-Naratif’ bakal buat penonton tak senang duduk!

Alter-Naratif bakal menemui penonton tidak lama lagi.

GENRE debaran psikologi atau psychological thriller semakin mendapat tempat dalam kalangan penonton tempatan apatah lagi jalan ceritanya memaparkan babak penuh tanda tanya sekali gus membuatkan ramai tak senang duduk berfikir mengenai kesudahannya.

Pernahkah anda bayangkan sekiranya wujud sebuah agensi yang mampu mengolah, memadam dan menokok tambah memori menggunakan teknologi baharu bagi membantu anda melupakan kisah silam?

Apatah lagi jika kisah silam itu penuh derita, trauma, pahit dan sedih.

Bayangkan juga, teknologi itu mampu mencipta dan menanam memori baharu yang indah dan mengikut kehendak peribadi masing-masing.

Nah, semua ini boleh berlaku sekiranya anda menonton drama terbaharu terbitan platform penstriman Viu Malaysia berjudul Alter-Naratif.

Alter-Naratif merupakan sebuah drama sains fiksyen psikologi yang mengetengahkan genre psychological thriller dan akan menemui penonton tidak lama lagi.

WhatsApp Image 2023-05-22 at 3.22.22 PM

EDA merupakan perkhidmatan pertama yang mampu mengubah ingatan manusia.

Drama ini mengisahkan tentang sebuah syarikat yang terkenal iaitu Electric Dust Agency (EDA) yang merupakan servis pertama di Malaysia dengan inovasinya dalam mengubah ingatan dan kebolehan memadam ingatan serta menggantikannya dengan ingatan yang baharu.

EDA mengunakan teknologi moden baharu pertama di dunia untuk melupakan kisah-kisah silam yang penuh derita.

Ramai testimoni telah berjaya menggunakan perkhidmatan EDA untuk melupuskan ingatan dan berjaya melupakan segala masalah mereka.

Antara kes-kes yang pernah diambil adalah memadam kes rasuah bagi ahli perniagaan dan seorang wanita yang mahu memadam ingatan tentang kisah curang si suami.

Anda juga kini boleh mengalaminya sendiri, semuanya di EDA yang mampu memberikan gaya hidup baharu dengan memori baharu.

Namun, semuanya berubah apabila Ketua Pegawai Eksekutif EDA, Mel Isa yang memperjuangkan teknologi baharu ini mula pitam dan mengalami halusinasi.

Mel mengesyaki bahawa ingatannya sendiri telah diolah.

Enggan mendiamkan diri, Mel cuba menyiasat apa yang terjadi dan ini secara tidak langsung telah mendedahkan sisi gelap EDA iaitu korupsi yang berlaku oleh syarikatnya sendiri dan menghidupkan kembali jenayah yang berlaku 20 tahun lalu.

Persoalannya, siapakah yang boleh Mel percayai untuk membantunya dan apakah EDA cuba lakukan dengan memori manusia?

Apa-apa pun, penonton kena nantikan kemunculan siri terbaharu ini yang pastinya akan meningkatkan adrenalin ketika menonton selain dijayakan barisan pelakon hebat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain