suria

Mesra berpelukan siap pegang tangan... Keith Foo mengaku sudah lama kenal Tiz Zaqyah

Keith dan Tiz sudah lama kenal rapat.

AKSI mesra pelakon Keith Foo dan Tiz Zaqyah berpegangan tangan dan berpelukan dalam satu rakaman video mengundang pertanyaan peminat yang mahu mengetahui status hubungan pasangan ini.

Tampil menjawab spekulasi itu, Keith, 40, memberitahu hubungannya dengan Tiz hanyalah sekadar teman rapat dan tiada istilah cinta seperti tanggapan ramai.

"Tak perlulah saya komen fasal hal itu. Tiada ada pun yang istimewa. Kami memang rapat sejak dari dulu lagi.

keith foo 2

Ramai yang mula buat andaian Keith dan Tiz kini sedang bercinta.

"Terpulanglah kepada orang ramai nak fikir apa," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Sebelum itu, menerusi satu rakaman video dikongsi di Instagram, Keith dilihat berpegangan tangan dan berpelukan sehingga ada yang menganggap kedua-duanya sedang bahagia bercinta.

Akaun milik satu jenama produk kecantikan itu turut memuat naik foto Keith bersama Tiz dengan kapsyen tanda hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar ramai berdepan tekanan, Keith Foo guna media sosial dan lakonan bantu sebar tentang kesihatan mental

ARTIKEL BERKAITAN: Belum buka hati untuk bercinta, Keith Foo tunggu anak faham

Menyedari perkara itu akan menjadi bualan peminat, Keith menjelaskan Tiz merupakan rakan niaga dan mereka saling menyokong antara satu sama lain.

"Saya tahu orang akan bercakap tentang hal itu... tapi saya tak perlu ambil pusing atau memberi respons. Saya juga tidak membaca komen di media sosial.

Terpulanglah kepada orang ramai nak fikir apa

KEITH FOO

PELAKON

"Ia sekadar hubungan dalam perniagaan dan kami saling menyokong antara satu sama lain," ujarnya.

Ditanya status terkini hubungannya, aktor ini hanya memohon orang ramai mendoakan agar dia dipertemukan dengan seseorang.

"Doakan yang baik-baik," jawabnya ringkas.

keith foo 3

Keith masih belum bertemu pengganti selepas bercerai pada 2019.

Untuk rekod, Keith sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai pada Disember 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka memiliki seorang cahaya mata iaitu Skylar Raymond Foo yang kini berusia enam tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain