suria

Tahniah! ‘Tiger Stripes’ catat sejarah filem Malaysia pertama menang anugerah di Cannes

Tiger Stripes menang di Festival Cannes.

FILEM Tiger Stripes arahan pengarah muda Amanda Nell Eu mencipta sejarah menjadi filem Malaysia pertama memenangi hadiah utama Minggu Kritik Antarabangsa Cannes ke-62.

Filem pertama arahan Amanda itu diangkat sebagai pemenang dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM49,602.

Bersyukur atas kemenangan itu, Amanda turut terharu apabila tiket tayangan filem itu habis dijual dan menerima sambutan hebat penonton.

tiger1 - 1

Tiger Stripes diiktiraf di Festival Filem Cannes.

"Saya bersyukur kerana penonton dapat melihat emosi, perjuangan dan rasa humor yang terdapat dalam filem ini.

"Saya juga bertemu dengan ramai orang yang berkata mereka berusaha keras untuk mendapatkan tiket tayangan, tetapi ia habis dijual dengan cepat," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tewaskan Fast X... Polis Evo 3 catat kutipan RM3.4 juta hari pertama tayangan

ARTIKEL BERKAITAN: Produksi dakwa filem 'Anwar: The Untold Story' disabotaj, ramai mengadu tiada slot tayangan di pawagam

Dalam pada itu, Amanda turut berkongsi mengenai projek terbaharunya berlatarkan Tanah Melayu sebelum Perang Dunia kedua dengan menyentuh tema keibuan dan kedudukan seorang isteri.

"Saya masih sedang melakukan penyelidikan untuk filem itu dan berharap akan lebih banyak darah dan keberanian bakal dipaparkan," ujarnya.

Sementara itu, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) turut mengucapkan tahniah atas pencapaian yang diraih Amanda itu.

"Finas ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah di atas pencapaian filem cereka tempatan, Tiger Stripes arahan pengarah muda, Amanda yang telah memenangi anugerah utama Grand Prix (hadiah utama) di Festival Cannes.

"Kejayaan ini berdasarkan pemilihan barisan juri antarabangsa diketuai Audrey Diwan selain Rui Pocas, Franz Rogowski, Meenakshi Shedde dan Kim Yutani," katanya.

Tiger Stripes mengisahkan tentang seorang gadis berusia 12 tahun yang tidak dapat memahami apa yang berlaku dengan tubuhnya selepas akil baligh.

tiger - 1

Amanda (dua dari kiri) bersama pelakon Tiger Stripes.

Filem ini turut dibintangi oleh Zafreen Zairizal, Deena Ezral dan Piqa, serta pelakon terkenal Shaheizy Sam dan Fatimah Abu Bakar.

Untuk info, Tiger Stripes merupakan filem keempat Malaysia yang bertanding untuk Minggu Kritik Antarabangsa Cannes sejak 2010.

Filem itu juga turut dipertandingkan dalam acara Camera d'Or prize iaitu sebuah anugerah khas bagi filem rencana terbaik.

Pemenang akan diumumkan pada acara penutup Festival Filem Cannes pada Sabtu ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain