suria

ND Lala hadir ke majlis pertunangan Shila Amzah, tersenyum bergambar bersama keluarga

ND Lala hadir pada majlis pertunangan Shila.

KEMUNCULAN penyanyi Datuk ND Lala pada majlis pertunangan Shila Amzah menarik perhatian sekali gus memberi bayangan kemelut melanda mereka sekeluarga sudah kembali pulih.

Adik kepada Shila iaitu Syada Amzah, 25, turut memuat naik foto mereka sekeluarga yang turut menyaksikan kelibat ibunya, Datin Fauziah Sarman tersenyum di dalam foto berkenaan.

Syada atau Nursyuhada Amir Amzah turut mengucapkan tahniah kepada Shila dan bakal abang iparnya iaitu Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25 yang melangsungkan pertunangan pada Sabtu.

syada1 - 1

Shila dan Ubai selamat bertunang.

Dalam nada bergurau, Syada memberitahu tidak mahu memanggil Ubai sebagai abang mungkin disebabkan mereka adalah sebaya.

"Belum boleh ucap selamat datang ke keluarga kami. Kita hanya ucapkan tahniah kepada pasangan merpati dua sejolo Shila dan Ubai. Tak nak panggil abang," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan disangka sudah putus, Shila Amzah dan Ubai bertunang

ARTIKEL BERKAITAN: Syada Amzah dakwa tiada akses berhubung dengan bapa, terima hakikat ND Lala 'pergi' sekali lagi

Syada berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya.

Sebelum ini, Syada tampil menulis surat terbuka buat ND Lala atau Amir Amzah Salleh, 62, selepas mendakwa tidak lagi mempunyai akses untuk berhubung dengan bapanya itu.

Kata Syada, dia dan adik-beradik yang lain terpaksa menerima hakikat bapanya itu memilih untuk pergi sekali lagi dan memilih orang lain berbanding terus bersama mereka sekeluarga.

Pada 1 April lalu, Fauziah memuat naik foto seorang wanita termasuk mendedahkan namanya di Instagram dipercayai individu yang menjadi perosak rumah tangganya.

syada2 - 1

Syada sebelum ini menulis surat terbuka buat ND Lala.

Fauziah pada 3 April lalu juga hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dipercayai bagi tujuan memfailkan penceraian terhadap ND Lala namun dinafikan oleh Syada.

Untuk rekod, ND Lala mendirikan rumah tangga bersama Fauziah pada 1989 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata termasuk, Nurshahila, 33, Amir Syafiq, 30, Amir Syahir, 28, dan Nur Syuhada.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain