DALAM kesibukan berdepan tekanan pertandingan Big Stage 2023 (BS2023), penyanyi Meer Nash sempat melancarkan single terbaharunya yang berjudul Permata khas buat peminat. Meer Nash atau Muhammad Shahmeer Mohd Nasrul, 27, bagaimanapun berkata, sesi rakaman lagu berkenaan tidak mudah baginya sehingga menangis kerana tertekan dalam memberi penghayataan yang baik. "Saya belum 'masak' dengan selok-belok lagu ini dan sewaktu rakaman saya gugup kerana ramai yang memerhati sampai satu tahap saya kurang keyakinan. "Lagu ini menuntut kemahiran serta teknik pernafasan yang betul malah emosi saya terganggu dan rakaman terpaksa dihentikan kerana saya menangis. Meer menangis semasa sampaikan lagu Permata. "Saya rakaman lagu ini sebanyak dua kali kerana mahu memastikan emosi disampaikan dengan baik," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Meer Nash berkata, lagu ciptaan Senna serta susunan muzik oleh Afiq Amin itu mempunyai melodi yang indah malah jatuh cinta dengan karya itu selepas kali pertama mendengarnya. "Siapa yang kenal saya pasti tahu lagu genre balada adalah kesukaan saya dan memang terus jatuh cinta saat kali pertama mendengar demo asalnya. ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara minuman tenaga, Meer Nash diserang panik sebelum naik pentas ‘Big Stage’... “Suara tak keluar dan menggeletar” ARTIKEL BERKAITAN: Undi imuniti tidak dimanfaatkan dengan baik, Naufal Azrin tersingkir minggu ketiga Big Stage 2023 "Selain melodinya yang indah, liriknya juga sangat menyentuh hati. Permata mampu mengingatkan kita agar menghargai orang yang kita sayangi kerana kita tidak akan tahu berapa lama mereka akan berada di dunia ini," jelasnya. Apa lebih istimewa, Meer Nash berkata, ibunya turut membuat kemunculan dalam muzik video lagu tersebut dan ia menjadi antara memori terindah sepanjang kariernya sebagai anak seni. Pun begitu, Meer Nash mengakui dia berdepan pelbagai cabaran sepanjang menyiapkan muzik video itu namun lebih selesa menjadikan ia kisah peribadinya. "Saya sangat teruja kerana kali ini ibu saya turut membuat kemunculan dalam muzik video Permata malah dia sangat gugup sewaktu proses penggambaran. Meer bawa ibu masuk dalam muzik video. "Namun ia babak comel yang tak akan saya lupakan walaupun proses penggambaran memakan masa sehingga 15 jam," katanya. Penyanyi yang fasih berbahasa Mandarin itu berharap karya ini dapat menjadi peringatan buat semua pendengar dalam menghargai ahli keluarga sendiri. "Sekiranya ada yang bersengketa dengan keluarga, bolehlah cuba untuk berbaik-baik semula supaya tidak menyesal di kemudian hari. "Semoga para pendengar dapat merasai apa yang saya rasa semasa merakam karya penuh emosi ini, saya juga ingin mungucapkan selamat hari ibu pada semua ibu di dunia," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!