suria

Afdlin Shauki pilih Ogos depan jawab dakwaan sudah tamat zaman duda

Afdlin tunggu masa sesuai untuk kongsi berita gembira?

ENGGAN mengulas tentang status terkini dirinya, pelakon dan pengarah Datuk Afdlin Shauki memberitahu bakal berkongsi sesuatu istimewa pada Ogos depan.

Kata Afdlin atau Afdlin Shauki Aksan, 52, dia tidak berniat menyembunyikan tentang hal berkaitan peribadi namun belum bersedia mendedahkan kepada umum.

"Tiada apa yang menarik pun tentang kisah peribadi saya. Cuma berkaitan hal itu saya akan kongsi pada Ogos depan.

"Saya menunggu masa sesuai untuk bercakap tentang hal tersebut," katanya kepada mStar.

Afdlin 2

Afdlin tunggu masa yang sesuai berkongsi berita gembira.

Afdlin ditemui ketika sesi Town Hall Industri Kreatif yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Sebelum ini, tindakan pelakon filem Buli itu memuat naik foto seorang wanita di Instagram miliknya mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat mengenai hubungan sebenar mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Misi bantuan gempa Turkiye buat Afdlin Shauki insaf, sebak tengok menara jam terhenti 4.17 pagi - “Terjumpa mayat mereka terus tanam”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi foto buka puasa dengan seorang wanita, Afdlin Shauki jawab status hubungan... “Memang kami selalu bersama”

Ada sesetengah membuat anggapan pelakon itu sudah berkahwin dengan wanita tersebut apabila ruang komen foto itu ramai mengucapkan tahniah serta memanggilnya dengan gelaran Datin.

Tidak ambil pusing dengan kata-kata dan tanggapan sesetengah pihak, Afdlin berkata, dia sudah terbiasa dengan perkara itu apatah lagi dia orang lama dalam industri seni.

"Sekarang ini pun saya sudah biasa dengan kata-kata netizen. Biarlah mereka nak kata apa pun," ujarnya ringkas.

Afdlin

Afdlin bersama bekas isteri dan tiga anaknya.

Tambah Afdlin, dia juga harus menjaga hati bekas isteri iaitu Maria Christina Orow Abdullah selepas mereka bercerai pada April tahun lalu.

"Hubungan saya dan isteri baik sahaja. Kami tiada masalah selepas berpisah. Sekarang pun lebih setahun kami berpisah.

"Saya pun harus menjaga hatinga, jadi itu antara sebab saya tidak banyak kongsi kisah peribadi selepas kami berpisah,” jelasnya.

Untuk rekod, Afdlin dan Christina mendirikan rumah tangga pada 1997 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mia Sara, Anais dan Ileana Matin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain