suria

Gosok dan peluk cara Neelofa pujuk suami, Haris merajuk sebab nak didik isteri

Neelofa berkongsi tip memujuk suaminya jika Haris merajuk.

SEDANGKAN lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

Begitulah alam perkahwinan yang tidak sentiasa bahagia tetapi adakalanya berlaku pertengkaran atau pasangan merajuk disebabkan perkara remeh.

Memujuk pasangan yang sedang merajuk atau marah penting agar masalah yang berlaku tidak berlarutan sehingga menganggu keharmonian rumah tangga.

Bagi pengacara dan usahawan Neelofa, dia ada cara tersendiri untuk memujuk suami tersayang iaitu Muhammad Haris Mohd Ismail sekiranya dia merajuk.

Berkongsi tip tersebut dengan pengikutnya di laman sosial, Neelofa, 34, berkata, dia biasanya akan menggosok tubuh serta memeluk mesra Haris sebagai langkah menambat kembali hatinya.

Neelofa Haris Ismail

Gelagat pasangan ini menghiburkan tapi sarat dengan mesej tersendiri.

Tidak hanya itu, Neelofa memberitahu ketawa kecil dan bermanja dengan suami kaedah yang cukup membantu ketika proses memujuk.

Bagaimanapun apa lebih penting adalah meminta maaf kepada suami dalam proses berkenaan.

"Kalau nak pujuk dia senang sahaja, kita kena gosok-gosok sikit, peluk-peluk sikit.

"Cakap minta maaf sayang. Gelak-gelak sikit lepas itu, manja-manja sikit," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Walau sudah berniqab masih diterima ramai”... PU Riz bangga Neelofa jadi pilihan jenama antarabangsa, terbaharu hos Airbnb

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kandungan masuk trimester kedua, Neelofa sudah buat persiapan sambut orang baharu

Neelofa berkata, tidak sukar memujuk Haris kerana suaminya itu seorang yang lembut hati dan mudah dipujuk.

"Dia macam ais, cair terus," katanya.

Sementara itu, Haris pula memberitahu dia bukan seorang yang mudah merajuk tetapi menganggap ia sebagai satu bentuk didikan kepada isteri.

Saya mana pernah merajuk. Kita orang lelaki mana merajuk dekat rumah. Kita cuma mendidik," katanya.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki itu Muhammad Bilal yang kini berusia setahun.

Neelofa kini sedang hamil anak kedua mereka dan dijangka bersalin tidak lama lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain