PEKA dengan kesusahan yang dialami penggamal industri muzik, Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) melancarkan program amal Sumbangan Rahmah Indsutri Seni Muzik bermula 1 Jun 2023. Pengerusi RIM, Rosmin Hashim berkata, 10 penerima terawal dipilih jawatan kuasa lembaga pengarah RIM sekali gus mengutamakan mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan kesempitan hidup. "Penerima pertama dipilih oleh jawatankuasa lembaga pengarah RIM. Penerima hari ini kalau dapat dilihat artis yang mempunyai masalah kesihatan dan kebanyakkannya kesempitan hidup. "Setiap penerima akan menerima RM2,000 setiap seorang," katanya kepada pemberita. RIM lancarkan program amal Sumbangan Rahmah Indsutri Seni Muzik. Rosmin berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program Amal Sumbangan Rahmah Industri Muzik pada malam Rabu. Pada majlis berkenaan, seramai 10 orang artis menerima bantuan sumbangan rahmah indutsri muzik sebanyak RM2,000 setiap seorang. Antara artis yang terlibat adalah Ibnor Riza, Zaiton Sameon, Rahim Maarof, Ali dari Kumpulan XPDC, Sazali P.Ramlee, Datuk Ooi Eow Jin, Ben Nathan, Huang Jun Tian, Zaleha Hamid dan Shima. ARTIKEL BERKAITAN: Lagu Hael Husaini, Fattah Amin Catat Rekod RIM ARTIKEL BERKAITAN: AIM 22 Perkenal Lima Kategori Baharu Kata Rosmin, sumbangan rahmah ini juga selari dengan inisiatif Payung Rahmah yang dicetuskan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Salahuddin Ayub. Jelasnya, pengamal industri muzik yang mengalamai masalah kos sara hidup selepas ini boleh memohon terus bantuan menerusi laman sesawang RIM. Sesiapa yang memerlukan bantuan boleh memohon menerusi laman sesawang kami. ROSMIN HASHIM PENGERUSI RIM "Selepas ini mereka yang memerlukan bantuan perlu memohon menerusi laman sesawang kami dia ia terbuka kepada semua penggiat seni muzik yang memerlukan bantuan kewangan. "Kami amat berbesar hati Datuk Salahuddin Ayub dapat merasmikan pelancaran program amal RIM," katanya lagi. Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Salahuddin Ayub berkata, pihaknya sentiasa peka keadaan dengan setiap isu yang dilalui rakyat terutama dalam masalah kos sara hidup. Jasmin anak kepada Rahim Maarof menjadi wakil menerima sumbangan. Salahuddin berkata, perbincangan pihak KPDN bersama RIM pada Januari lalu membuka matanya untuk memperjuangkan hak artis yang tidak kesampaian. "Kami peka terhadap apa jua isu yang berlaku dalam kalangan rakyat terutama dari segi kos sara hidup. Bila kita berjumpa dengan pihak RIM pada Janurai awal tahun ini saya mendapati isu memperjuangkan hak-hak artis ini masih lagi tidak kesampaian. "Walaupun saya akui ada usaha yang diusahakan tapu sebagai kementerian yang bertanggungjawab ia membuka mata saya," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!