suria

Hasrat Ernie Zakrie tonton konsert Beyonce terlaksana, terbang sampai ke London... Paling best dapat pergi dengan suami

Ernie teruja pergi ke konsert Beyonce bersama Syamel.

HASRAT penyanyi Ernie Zakri untuk menonton konsert idolanya iaitu Beyonce Knowles secara langsung akhirnya menjadi kenyataan pada Sabtu.

Ernie atau Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, berkata, dia sudah lama memasang impian untuk menonton persembahan penyanyi terkenal Amerika Syarikat itu dan tidak menyangka ia kini menjadi kenyataan.

Malah Ernie bersama suami, Syamel terbang ke kota London bagi menghadiri Beyonce Renaissance World Tour yang berlangsung di Tottenham Hotspur Stadium London.

"Ini impian saya... yang mana kenal saya, tahu la macam mana saya punya suka dengan Beyonce.

Ernie berkongsi foto ketika menghadiri konsert Beyonce di London.

"Dulu selalu tanam hasrat nak pergi konsert Beyonce, tapi bila itu tak pernah terfikir," katanya.

Ernie berkongsi keterujaannya itu menerusi Instagram miliknya pada petang Ahad selain memuat naik beberapa foto suasana ketika berada di dalam stadium tempat konsert berlangsung.

ARTIKEL BERKAITAN: Malam raya Ernie Zakri dan Syamel di hospital, teman bapa di wad sebelum balik kampung

ARTIKEL BERKAITAN: Penat lelah mula terbayar, giliran Ernie Zakri muncul di Times Square New York

Dalam pada itu, Ernie memberitahu kegembiraan itu jadi lebih bermakna apabila Syamel menemaninya tambahan pula penyanyi itu yang banyak membantu merakam gambar dan video untuknya.

Kata Ernie, dia berharap, konsert Beyonce bukan terakhir buat mereka suami isteri dan berharap ada rezeki menghadiri persembahan lain bersama.

"Terima kasih sayang Syamel sudi sama-sama tengok konsert. Moga ada rezeki lagi nak pergi konsert lain, amin.

"Banyak video suami rakam, saya tak berapa banyak. tak pandai nak rakam sambil tengok (menonton konsert)," ujarnya.

Syamel turut menemani Ernie menonton konsert Beyonce.

Bercerita lanjut mengenai pengalaman menonton Beyonce secara langsung, Ernie berkata, dia bertuah kerana penyanyi terkenal itu banyak menyanyikan lagu-lagu kegemarannya.

Kata Ernie, buat masa ini dia belum sempat berkongsi gambar dan video yang dirakam dan berjanji akan memuat naik suasana konsert buat tatapan pengikutnya yang mungkin meminati Beyonce.

"Beyonce banyak menyanyikan lagu daripada album lama dia. Lagi rasa nak menangis semalam. Saya lebih suka Beyonce yang lama, jangan marah!

"Nanti saya kongsi sikit-sikit dekat Instastory, yang mana suka Beyonce, sama-samalah kita kongsi moment ini. Beyhive forever," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain