suria

[V] Aedy Ashraf ke Cannes demi sokong Amelia, sedang bahagia tapi serah soal jodoh pada takdir

Aedy dan Amelia selesa bersama.

TINDAKAN pelakon Aedy Ashraf yang sanggup terbang ke Perancis demi aktres Amelia Henderson kerana ingin menemani teman wanitanya itu yang menjadi hos mewakili TikTok di Festival Filem Cannes.

Aedy atau Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 30, berkata, dia mahu memberi sokongan kepada Amelia kerana bangga dengan pencapaiannya itu selain ingin menghabiskan masa bersama.

"Saya ke sana untuk memberi sokongan kepada Amelia memandangkan dia diberi peluang menjadi hos mewakili TikTok untuk menemu bual beberapa selebriti Hollywood di festival berkenaan.

Malangnya saya tidak dapat bertemu mana-mana selebriti popular memandangkan saya tiba lewat di sana," katanya kepada mStar.

Aedy selesa jalinkan hubungan dengan Amelia.

Aedy berkongsi perkara itu ketika ditemui di Majlis Penjenamaan Semula Fam Fries di Kuala Lumpur pada petang Ahad.

Dalam pada itu, Aedy berkata, mereka turut mengambil kesempatan untuk melancong di Cannes selain bercuti ke Barcelonne yang terletak di selatan Perancis.

"Alang-alang sudah berada di sana, kami mengambil kesempatan untuk melancong sebab kami berdua memang suka bercuti. Kami sempat berjalan-jalan di Cannes selama tiga hari manakala empat hari di Barcelonne," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Amelia Henderson kembali ditawan, kali ini Aedy Ashraf serius jalin hubungan

ARTIKEL BERKAITAN: “Berdiam diri lebih baik” - Aedy Ashraf tak baca komen netizen, semakin matang berdepan kontroversi

Mengulas mengenai hubunganya bersama Amelia, pelakon Kisah Cinta Kita ini meluahkan rasa syukur apabila hubungan mereka direstui peminat.

Dia dan Amelia bagaimanapun tidak mahu terlalu serius memikirkan hubungan mereka sebaliknya menikmati kebahagiaan yang dikecapi ketika ini dan menyerahkan urusan jodoh kepada takdir.

"Saya sangat selesa dengan Amelia. Saya bersyukur peminat doa yang baik-baik untuk kami malah saya berharap mereka akan terus doakan kami.

Alhamdulillah. saya sangat selesa dengan dia.

AEDY ASHRAF

PELAKON

"Rancangan (perkahwinan) tiada lagi, kami nikmati masa kami bersama... kalau ada rezeki ada dan sebaliknya," katanya.

Sementara itu, bercakap mengenai penjenamaan semula Fam Fries, Aedy berkata, dia sebenarnya sudah tujuh tahun melibatkan diri dalam perniagaan kentang goreng itu.

Dalam tempoh itu, Aedy selaku pengarah pemasaran Fam Fries melihat sudah tiba masanya mereka melakukan penjenamaan semula agar dapat meluaskan perniagaan.

Snapinsta.app_350986135_949108286401519_1443628526088929747_n_1080

Fam Fries perniagaan yang diterajui Aedy Asharf.

Tidak hahnya itu, pelakon itu berharap perniagaan itu dapat memberi inspirasi dan peluang kepada usahawan muda yang ingin menceburi bisnes.

"Makanan segera adalah salah satu rutin masyarakat Malaysia. Dalam keadaan sebegini saya percaya bahawa Fam Fries boleh menjadi peneraju dalam industri.

"Dengan penampilan dan rasa kami yang diubah suai, kami berharap dapat memberi inspirasi kepada usahawan muda dan merevolusikan cara rakyat Malaysia menikmati makanan segera mereka," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain