suria

Sarah Suhairi pernah tolak tawaran UiTM demi Big Stage, dedah tak minat menyanyi tapi suka main alat muzik

Sarah pernah menolak tawaran sambung belajar.

PENYANYI Sarah Suhairi mendedahkan dia pernah menolak tawaran menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak kerana ingin menyertai program realiti Big Stage musim pertama pada 2018.

Sarah, 23, berkata, dia membuat keputusan menolak tawaran sambung belajar kerana ketika itu dia sudah pun mengikat kontrak bersama syarikat rakaman sebelum akhirnya memutuskan mengejar impian dalam bidang seni.

Bagaimanapun katanya, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan bapanya.

sarah1 - 1

Sarah meneruskan minat dalam bidang nyanyian.

"Ketika itu saya sudah mengikat kontrak dengan label dan pihak pengurusan hantar saya pergi uji bakat Big Stage dan ayah juga beri sokongan untuk mencuba. Alhamdulillah dapat.

"Mula-mula ingatkan komitmen program itu tak banyak, jadi bolehlah sambil-sambil itu saya pergi kuliah tapi apabila tengok jadual, memang saya kena lepaskan salah satu.

"Saya beritahu ayah dan dia izinkan saya sertai Big Stage sebab katanya saya boleh sambung belajar selepas itu nanti," katanya kepada mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemintaan tak masuk akal! Sarah Suhairi diminta tanggal tudung, akui kurang ‘update’ aktiviti kerana pernah diekori

ARTIKEL BERKAITAN: Nama jarang 'panas', Sarah Suhairi fikir dulu sebelum ‘upload’ di media sosial - "Saya jaga maruah keluarga"

Sarah berkata dia sepatutnya mendaftarkan diri ke UiTM Seri Iskandar bagi jurusan Diploma Ukur Bahan.

Dalam pada itu, Sarah berkata, dia sebenarnya tidak pernah bercita-cita bergelar seorang penyanyi namun minatnya lebih kepada bermain alat muzik.

Menurut penyanyi itu lagi, keluarganya juga mempunyai minat yang sama dalam bidang muzik dan mereka sering sama-sama melakukan ‘jamming’ atau berkaraoke.

Ayah izinkan sertai Big Stage sebab katanya saya boleh sambung belajar selepas itu nanti.

SARAH SUHAIRI

PENYANYI

"Pada mulanya menyanyi ini sekadar hobi. Saya mula dengan bermain instrumen sewaktu darjah dua. Saya bermain piano dan masa tingkatan dua saya bermain ukulele dan bermain gitar.

"Itulah adalah hobi seisi keluarga kami sebab adik-beradik yang lain dan ayah kami juga bermain muzik kerana minat.

"Tapi tiada seorang pun daripada kami yang bercita-cita menjadi penyanyi sehinggalah syarikat pengurusan melamar saya," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain