suria

Dua anak Amyra Rosli kena jangkitan HFMD, minta ibu bapa peka simptomnya tapi jangan mudah panik

Anak-anak Amyra dijangkiti HFMD.

PELAKON Amyra Rosli memaklumkan dua anaknya iaitu Anaqi dan Aryssa disahkan positif jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) baru-baru ini.

Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 32, bagaimanapun bersyukur kerana anak-anaknya sudah pulih daripada penyakit berkenaan.

"Anak-anak saya positif HFMD tetapi sudah sihat. Alhamdulillah, terima kasih semua atas doa yang baik-baik buat Anaqi dan Aryssa,” katanya.

Amyra berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

amyra3 - 1

Anaqi dan Aryssa sewaktu dirawat di hospital.

Dalam pada itu, Amyra turut menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil ringan sekiranya anak-anak mereka menunjukkan sebarang simptom penyakit berkenaan termasuk demam.

Kata aktres berkenaan, ibu bapa juga tidak perlu panik kerana penyakit ini tidak berbahaya namun boleh berjangkit.

"Kepada ibu bapa di luar sana, sekiranya anak-anak anda tiba-tiba demam jangan ambil remeh ya.

ARTIKEL BERKAITAN: "Ini hasil yang saya dapat?" - Setahun kerja ubah suai rumah ibu bapa terbengkalai, Amyra Rosli tanggung kerugian RM240,000

ARTIKEL BERKAITAN: Paras oksigen anak menurun, Amyra Rosli dipanggil segera ke hospital

"Periksa ada tak ruam atau sakit pada mulut. Tapi jangan panik kerana penyakit ini selalunya tidak serius namun senang berjangkit.

"Penyakit ini mudah sangat disebarkan di sekolah dan biasa dijangkiti oleh kanak-kanak berusia antara lima tahun,” ujarnya.

Pelakon drama Nur itu bagaimanapun memberitahu dia memilih untuk memasukkan anak-anaknya ke hospital untuk memberi fokus kepada tahap kesihatan mereka.

Amyra memberitahu penyakit itu biasanya akan sembuh dalam tempoh tujuh ke 10 hari.

amyra2 - 1

Amyra mohon ibu bapa peka tahap kesihatan anak-anak.

Sebelum ini, suaminya Amar Baharin memuat naik foto anak-anak mereka di hospital namun tidak dinyatakan punca mereka diwadkan.

Amar menerusi laman Instagram miliknya mengucapkan terima kasih buat Amyra yang berusaha menjaga anak-anak mereka ketika sakit.

"Cabaran membesarkan anak. Seorang sakit, mesti berjangkit. Aku percaya semua ibu bapa melalui perkara ini.

"Semua ibu bapa harus kuat, menjadi contoh tanggungjawab pada anak-anak. Terima kasih Amyra tolong teman anak-anak,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain