PENYANYI Akim Ahmad menjelaskan dia memperlahankan karier muziknya sejak tiga tahun lalu kerana memberi fokus kepada keluarga selain menyambut kelahiran cahaya mata ketiganya pada Ogos tahun lalu. Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 32, berkata, dia dan isteri iaitu Stacy mengambil keputusan tersebut bagi membolehkan mereka melihat anak-anak membesar di depan mata selain memberi fokus kepada mencipta lagu untuk penyanyi lain. "Memang agak lama dan saya sendiri sedar perkara itu. Sebenarnya apa yang berlaku, saya dan Stacy berehat seketika untuk fokus kepada keluarga. "Banyak masa kami habiskan untuk melihat anak-anak membesar tapi pada masa sama kami aktif buat lagu untuk penyanyi lain," katanya. Akim ubati rindu peminat dengan Saksama. Bagaimanapun kata Akim, dia kini sudah bersedia merancakkan kembali karier muziknya apabila melancarkan single terbaharu bersama kumpulan Akim & The Majistret berjudul Saksama. Berkongsi mengenai lagu Saksama, Akim memberitahu lirik karya berkenaan mendapat sentuhan Stacy yang juga dikenali sebagai Bunga Cantik dan juga anggota The Majistret sendiri. Malah Akim juga memaklumkan lagu ini agak berbeza dengan lagu sebelum ini kerana akan memberi ketenangan kepada pendengarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Sweet couple! Peminat suka tengok Akim Ahmad dan Stacy... “Saya sentiasa ingatkan diri bapa anak tiga” ARTIKEL BERKAITAN: Akim Ahmad puji lagu viral ‘Eleh He Eleh’, muzik catchy bantu penyanyi baharu dikenali... “Kalau saya menyanyi tak sesuailah” "Saya dan Stacy selalu berbincang mengenai apa yang kami mahukan dalam sesebuah lagu. Semasa proses rakaman, Stacy juga menjaga vokal saya. "Apa dapat saya rangkumkan, Saksama sebuah lagu yang tenang. Bagi pengikut setia Akim & The Majistret, mereka akan tahu lagu ini berbeza. "Kesemua anggota kumpulan ini juga memberikan idea dalam melengkapkan penghasilan Saksama," katanya. Saksama terima sentuhan Stacy dan anggota ATM. Dalam pada itu, Akim turut berkongsi perancangannya untuk mengadakan konsert dan siri jelajah di beberapa lokasi terpilih. Jelasnya, dia mahu terus kekal dan diterima baik peminat selepas perjalanannya bersama Akim & The Majistret hampir mencecah 10 tahun. “Peminat juga sedia maklum akan semangat kami dalam bidang muzik ini dan Akim & The Majistret adalah platform terbaik untuk kami menterjemahkannya. "Ia seiring juga dengan perkembangan kumpulan ini yang hampir menginjak usia 10 tahun. Evolusi muzik kami membawa satu gambaran berbeza untuk ATM dahulu dan sekarang,” jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!