suria

Rindu Hafidz Roshdi terubat, akhirnya bertemu anak-anak selepas 3 bulan

Hafidz akhirnya bertemu dengan anak-anaknya.

SELEPAS tiga bulan tidak bertemu, pelakon Hafidz Roshdi akhirnya dapat bertemu dengan dua anaknya yang kini menetap bersama isterinya di Kangar, Perlis.

Pada pertemuan dipercayai di kediaman keluarga mentuanya itu, Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 29, turut ditemani beberapa ahli keluarga selain membawa pelbagai hadiah untuk anak-anaknya.

Pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim itu turut dilihat memberikan ciuman buat Umar selain Humairah kelihatan teruja dengan kehadiran bapanya dan memberi pelukan kepadanya.

hafidz1 - 1

Hafidz meluangkan masa bermain bersama anak-anak.

Menerusi foto dan video yang dikongsi di Instagram miliknya, Hafidz melayani Humairah dan Umar di hadapan rumah namun kelibat isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri tidak kelihatan.

Hafidz turut meluahkan rasa lega apabila dapat melepaskan kerinduan terhadap Humairah dan Umar yang dilihat teruja dan gembira dapat bertemu bapa mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hafidz Roshdi disahkan waras, kes cederakan isteri boleh diteruskan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perancangan kahwin Athirah, Hafidz Roshdi bakal umum selepas sah cerai

"Bismillah, perjumpaan dengan Humairah dan Umar setelah tiga bulan tidak berjumpa.

"Bayangkan rindunya seorang abah pada anak-anaknya macam mana?" katanya.

Hafidz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Ahad.

Hafidz turut meletakkan tanda pagar #KeadilanDemiAnakAnak dalam hantaran berkenaan.

Pada Jumaat, Hafidz disahkan waras dan dia layak meneruskan perbicaraan di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor berhubung tuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada, 29.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya, Asmaa’ Zamri semasa sebutan semula kes berkenaan dan laporan psikiatri di hadapan Majistret Mohd. Kafli Che Ali.

hafidz2 - 1

Hafidz dan Shuhada berkahwin kira-kira tujuh tahun lalu.

Pada 5 Mac lalu, Hafidz ditahan kira-kira pukul 12 tengah hari ketika hadir di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain