suria

Berkaca mata hitam kerana ‘stage fright’, kekok makan pakai tangan… Jom kenali atlet kini bergelar penyanyi Izzan Adlan

Izzan pasang impian untuk menetap di Malaysia bagi kembangkan kejayanya.

DI SEBALIK minat dan cita-cita untuk menjadi penyanyi terkenal, pendatang baharu berasal dari Singapura iaitu Izzan Adlan memberitahu dia sebenarnya takut untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai.

Kata Izzan atau nama sebenarnya Muhammad Izzan Adlan, 21, disebabkan perkara itu dia sering memakai cermin mata hitam supaya penglihatannya tidak tertumpu kepada penonton.

"Dari dulu lagi saya memang ada perasaan stage fright. Kadang-kala sampai timbul rasa anxiety apabila melihat terlalu ramai orang yang menonton ketika membuat persembahan.

Izzan

Izzan selesa pakai kaca mata depan penonton.

"Sebab itu saya selalu pakai kaca mata. Bukan sekadar nak bergaya, tetapi ia juga bertujuan mahu alihkan perhatian. Tidaklah saya terlalu pandang ke arah penonton," katanya kepada mStar.

Penyanyi ini juga memberitahu dia kini mula mengembangkan kerjaya di Malaysia dengan terlibat dalam beberapa persembahan sebagai langkah permulaan memperkenalkan lagi namanya.

Malah Izzan berkata, sejak awal penglibatan dia sudah memasang impian untuk terus menetap di Kuala Lumpur kerana yakin sokongan baik peminat di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Harga capai impian mahal sampai pernah menyanyi di jalanan ketika usia 13 tahun... Ini 5 fakta menarik mengenai Dinda Dania

ARTIKEL BERKAITAN: Meer Nash seronok dapat bekerja dengan ibu sendiri, ada cerita sampai menangis dalam studio

"Saya berulang-alik ke sini (Kuala Lumpur) sejak Disember tahun lalu. Memang lain apabila dapat membuat persembahan di sini kerana penonton yang datang dalam mana-mana acara sangat memberi sokongan.

"Sekarang ini saya masih dalam tempoh belajar dan apabila tamat nanti saya rancang untuk terus menetap di Kuala Lumpur.

"Rasanya sudah lama tidak ada artis baru Singapura yang datang ke sini. Saya mahu membuatkan negara saya bangga," ujarnya.

106274925_619560245331469_4083383941123263257_n

Izzan sentiasa bersedia dengan pelbagai genre lagu.

Tampil dengan lagu bergenre jazz sebagai pengenalan, Izzan berkata dia sentiasa terbuka untuk mencuba pelbagai jenis muzik.

"Sebagai penyanyi saya kena versatil. Kalau asyik sama sahaja nanti peminat akan bosan. Saya juga sedia untuk mencuba pelbagai genre lagu mengikut trend semasa," jelasnya.

Berikut adalah lima fakta menarik tentang Izzan.

1. Pernah bergelar atlet renang profesional ketika di bangku sekolah

2. Izzan tidak pandai menggunakan tangan ketika makan dan kekok jika terpaksa berbuat demikian

3. Tidak suka makanan pedas

4. Izzan tidak boleh mengambil makanan atau minuman berasaskan susu kerana mempunyai masalah alergi

5. Izzan kini sedang menuntut dalam bidang muzik di sebuah institusi pengajian di Singapura

Artikel Lain