suria

Terkenang kesilapan lalu, Aliff Aziz ‘WhatsApp’ ibu minta maaf... Kesal libatkan keluarga dalam kontroversi sebelum ini

Aliff meluahkan rasa kesal terhadapa kesilapan lalu.

PELAKON dan penyanyi Aliff Aziz meluahkan rasa sedih dan kesal apabila mengenangkan kesilapan yang pernah dilakukan olehnya sebelum ini.

Kata Aliff atau Muhammad Aliff Aziz, 32, dia teringat momen hitam dalam hidupnya itu ketika sedang menjalani penggambaran drama Dia Dari Syurga yang mengangkat kisah kekeluargaan.

Kesal dengan apa yang berlaku, Aliff menghubungi ibunya iaitu Siti Hafiza Sheikh Mohamad menerusi aplikasi WhatsApp bagi meluahkan perasaan.

aliff aziz 4

Luahan Aliff kepada ibunya.

"Abang (panggilan diri Aliff) tengah shooting cerita family, jadi tiba-tiba teringat semua kesalahan saya kepada umi dan ayah bertahun-tahun.

"Saya tahu umi telah maafkan, tetapi saya masih mahukan katakan betapa menyesal kerana melibatkan umi dan ayah dalam banyak perkara," katanya.

Hafiza berkongsi perbualan Whatsapp bersama Aliff itu di laman Instagram miliknya pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Bella tak melenting kalau tak betul” - Aliff Aziz minta Sophia Albarakbah muncul beri penjelasan, akur pemintaan isteri untuk dapat balik kepercayaan

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz kecil hati digelar penunggang agama, hari-hari doa minta kuat berdepan ujian... “Kalau salah tegur cara berhemah”

Tambah pelakon asal Singapura ini, dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap kedua ibu bapanya yang memarahi perbuatan yang dilakukan.

"Saya tidak pernah menyimpan dendam. Semuanya demi kebaikan tetapi saya tidak menyedarinya.

"Terlibat dalam penggambaran sekarang ini, fasal mak dan keluarga membuatkan saya lebih memikirkan tentang umi dan ayah," ujarnya.

aliff aziz 3

Aliff bersama isteri, Bella Astillah dan dua anak mereka.

Sementara itu menerusi jawapan balas yang diberikan, Hafiza meluahkan rasa syukur atas perubahan anaknya itu dan membuatkan Aliff sedar akan kesilapan lalu.

"Allah maha baik, Dia gerakkan hati abang. Kami telah lama maafkan dan tidak mungkin umi tak reda.

"Umi minta maaf juga atas kata-kata yang tidak sepatutnya sebagai seorang ibu disebabkan sikap marah," tulisnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain