suria

Bakat Dolla jadi perhatian dunia, bangga tersenarai dalam ‘Top 10 International Girl Groups’

Dolla semakin menyerlah dan dikenali saban hari dengan kelincahannya.

SELEPAS berjaya menghiasi papan iklan digital di New York, Amerika Syarikat pada tahun lalu, Dolla sekali lagi membanggakan Malaysia apabila kumpulan itu tersenarai dalam saluran YouTube terkenal, MsMojo.

Dolla yang dianggotai Sabronzo, Tabby, Angel dan Syasya diberi penghormatan menduduki tangga keenam cadangan penyanyi berkumpulan wanita dunia yang harus diberikan perhatian oleh peminat muzik.

Menurut saluran itu, Dolla merupakan satu-satunya penyanyi Malaysia yang berjaya memasuki carta dan memuji perkembangan karier kumpulan berkenaan.

WhatsApp Image 2023-06-16 at 17.02.08

Dolla tersenarai dalam saluran YouTube terkenal, MsMojo.

"Ia bukan sahaja dikenali kerana kelincahan mereka di pentas tapi juga berkat ketularan mereka di media sosial.

"Ini juga termasuklah kejayaan lagu Raya Raya Raya yang berjaya mengumpul jutaan peminat seluruh dunia," katanya.

Sementara itu, Dolla pula menganggap kejayaan ini merupakan sesuatu yang besar buat mereka memandangkan MsMojo merupakan saluran YouTube yang sangat popular dalam mengiktiraf artis-artis berbakat dari seluruh dunia serta berimpak besar dalam dunia seni hiburan.

ARTIKEL BERKAITAN: Rozie Othman nenek yang ‘cool’, Syasya Dolla lapang dada ditegur imej seksi

ARTIKEL BERKAITAN: Balik Kelantan pakai baju sopan, Sabronzo (Dolla) tak kecil hati dituduh ‘fake’ ketika berada di kampung

Lebih membanggakan apabila Dolla bersaing dengan beberapa kumpulan wanita lain dari pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Amerika Latin, Filipina, United Kingdom, Jepun dan Korea.

Dalam laporan video itu, kumpulan New Jeans daripada Korea Selatan menduduki tempat pertama, diikuti XG berada di tangga kedua dan FLO dari Britain tempat ketiga.

Untuk rekod, MsMojo merupakan salah satu saluran YouTube yang lahir daripada saluran WatchMojo berpusat di Kanada.

MsMojo mempunyai 5 juta pelanggan yang pastinya akan meningkatkan jumlah pengikut Dolla sekali gus membuatkan kumpulan berkenaan lebih dikenali ramai di serata dunia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain