suria

Mama Rina (AF6) tak tahu ada kencing manis, dua jari kaki kena potong gara-gara tersepak tong gas

Kaki Rina membengkak sehingga dua jari perlu dipotong.

AKIBAT penyakit diabetes atau kencing manis, bekas peserta program Akademi Fantasia musim keenam (AF6) iaitu Mama Rina terpaksa menjalani pembedahan membuang dua jari pada kaki kirinya.

Akui berat berdepan dugaan itu, Rina atau Hairina Abdul Halim, 60, berkata dia tidak mengetahui dirinya menghidap penyakit berkenaan sehinggalah melakukan pemeriksaan kesihatan, baru-baru ini.

"Selama ini saya amat menjaga pemakanan. Saya jarang ambil makanan atau minuman manis. Tak sangka tiba-tiba ada kencing manis dan ia teruk sehingga jadi begini.

mama rina af6 8

Rina masih menjalani rawatan di hospital.

"Rasa macam tidak percaya, tapi saya kena kuat terima dugaan ini," katanya ketika dihubungi mStar pada Jumaat.

Rina selamat menjalani pembedahan berkenaan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu pada Rabu lalu dan kini masih menerima rawatan di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Mama Rina (AF6) Jual Kereta, Naik Bas Cari Rezeki

ARTIKEL BERKAITAN: Ibnor Riza anggap hidap kanser sebagai hikmah, kini giat buat solat qada dan sudah mampu hafal surah lazim

Bercerita lanjut, Rina memberitahu dia mula mengalami bengkak pada bahagian kaki selepas tersepak tong gas sekitar April lalu.

"Saya memang tidak tahu ada kencing manis. Selepas kejadian tersepak tong gas itu kaki mula bengkak dan menanah sehingga saya sendiri tidak dapat tahan sakit.

Rasa macam tidak percaya, tapi saya kena kuat terima dugaan ini

MAMA RINA

PENYANYI

"Saya dapat tahu tentang sakit kencing manis selepas melakukan pemeriksaan baru-baru ini. Sekarang masih di hospital dan menerima rawatan," ujarnya.

Berkongsi perkembangan karier, Rina memberitahu dia kini masih aktif terlibat dengan undangan persembahan nyanyian selain sebagai penyanyi jalanan (busker).

mama rina af6 1

Nama Rina mula dikenali menerusi program AF6.

"Saya memamg dah lama hidup susah. Namun syukur masih ada undangan menyanyi. Saya juga buat persembahan busking," kongsinya.

Sebelum itu, salah seorang rakan AF6 iaitu pelakon Ika Nabila turut berkongsi keadaan Rina yang kini memerlukan bantuan bagi menampung kehidupan harian selain kos perubatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain