suria

Tahniah! Juliana Evans selamat bersalin bayi perempuan

Juliana selamat melahirkan cahaya mata kedua.

PELAKON Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu negara pada Sabtu.

Juliana atau Juliana Sophie Johari Evans, 34, memaklumkan berita gembira itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

juliana1 - 1

Juliana teruja menyambut kelahiran anak kedua.

Pelakon filem Mael Lambong itu turut melahirkan rasa syukur dan berkongsi rasa teruja di atas kelahiran cahaya mata keduanya.

"Kelahiran adalah permulaan paling mendalam dalam jiwa rohani dimiliki oleh seorang wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Juliana Evans mahu terus aktif berlakon, selesa cari duit sendiri... Tiada layanan istimewa di set penggambaran

ARTIKEL BERKAITAN: Juliana Evans kongsi pengalaman buruk ketika pertama kali 'datang bulan', malu ditertawakan guru selepas mengadu 'bocor'

"Alhamdulillah, saya kini seorang ibu kepada dua orang anak," katanya.

Menerusi hantaran sama, Juliana turut berkongsi wajah bayi perempuannya itu buat tatapan pengikutnya di laman sosial.

Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017.

Tengku Shariffuddin Shah merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor.

Pasangan ini turut mempunyai seorang anak perempuan iaitu Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah yang kini berusia empat tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain