suria

Selepas 15 tahun tak jejak kaki ke Makkah, Aliff Syukri dan anak sulung berangkat tunai haji

Aliff minta peminat doakan perubahan yang baik selepas pulang menunaikan haji nanti.

USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memaklumkan dia bakal menunaikan ibadah haji bersama anak lelakinya iaitu Ammar Ahyan

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Aliff, 36, berkata, ini adalah kali pertama dia akan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah selepas 15 tahun.

Malah dia turut berharap agar pengikutnya mendoakan semua urusan mengerjakan ibadah itu selain dapat berubah menjadi insan lebih baik selepas pulang kelak.

Aliff 6

Anak menangis tak nak berpisah dengan Aliff.

"Alhamdulillah setelah hampir 15 tahun barulah hati saya terbuka untuk mulakan haji dengan kerelaan diri sendiri tanpa paksaan.

"Doakan dengan langkah ini saya menjadi seorang yang lebih baik kepada ibu bapa, keluarga dan juga sahabat... Amin amin yarobal alamin," kongsinya.

Dalam perkongsian tersebut, Aliff berkongsi foto dirinya mengenakan jubah berwarna putih sambil memegang buku pasport dirinya dan anak lelakinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri mengamuk Mercedes Benz kena langgar, terkejut sampai tak mampu kawal perasaan marah

ARTIKEL BERKAITAN: Terkenang kesilapan lalu, Aliff Aziz ‘WhatsApp’ ibu minta maaf... Kesal libatkan keluarga dalam kontroversi sebelum ini

Meninjau ke Instastory Aliff, dia sempat berkongsi momen anak sulungnya bersalaman dan berpelukan bersama isterinya Datin Nur Shahida Mohd Rashid sebelum berangkat.

Malah anaknya Raudah Arshiyah turut dilihat menangis melihat pemergian bapa dan abangnya ke Makkah.

Alif 7

Aliff berangkat ke Tanah Suci Makkah bersama anak sulungnya.

Sementara itu, Aliff turut meminta maaf kepada pengikutnya sekiranya ada keterlanjuran bahasa sepanjang perkenalan selain mengharapkan doa daripada semua orang sepanjang pemergiannya mengerjakan ibadah haji.

"Kepada sahabat saya... saya minta maaf selama ini kalau ada terkasar bahasa... termaki hamun korang. Saya tak sengaja.

"Doakan saya berubah menjadi seorang yang matang dan lebih baik. Doakan saya juga menjadi seorang anak, suami dan ayah terbaik. Saya sayang semua," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain