suria

Sheila Majid kota janji, bawa konsert Big Band Live ke Kota Kinabalu

Sheila tak sabar bertemu dengan peminat di Kota Kinabalu.

PENYANYI Datuk Sheila Majid teruja bakal bertemu peminatnya di Kota Kinabalu, Sabah pada Ogos nanti selepas kejayaannya dalam Big Band Live In Kuala Lumpur tempoh hari.

Kata Sheila, 58, dia menunaikan janji apabila ingin membawa konsep yang sama dibawa keluar daripada Kuala Lumpur.

“Saya bersyukur kerana konsep persembahan Sheila Majid Big Band ini diterima peminat saat dijayakan di Kuala Lumpur pada Mac lalu sehingga menarik minat Firm Horizon Sdn. Bhd. dan AL Activators Sdn. Bhd. untuk membawakannya ke Kota Kinabalu, buat para peminat saya di Borneo.

LEV42649

Sheila teruja adakan konsert di Sabah.

“Apa lagi yang boleh saya katakan selain berterima kasih kepada peminat yang tidak pernah jemu mahu mendengar nyanyian saya dan menikmati karya-karya saya," katanya.

Sheila berkata, keunikan konsert kali ini apabila sebahagian kutipan tiket Sheila Majid Big Band Live In Sabah ini akan disalurkan kepada Yayasan Kebajikan.

Malah dia turut menjanjikan satu kelainan khas buat peminatnya di negeri itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Afgan idolakan Sheila Majid sejak kecil, tak sangka pertemuan di konsert terus jadi sahabat baik

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja berkongsi pentas dengan Sheila Majid, Padi Reborn anggap hadiah istimewa 25 tahun dalam industri muzik

“Tentu sekali akan ada repertoire lagu seperti Pengemis Muda dan Warna bersama lagu lainnya yang menerima sentuhan baharu sesuai konsep Big Band yang dibawakan.

"Paling penting, sebahagian kutipan tiket Sheila Majid Big Band Live In Sabah ini akan disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Sabah dalam usaha memberi semula kepada masyarakat," ujarnya.

Lebih menarik lagi apabila konsert berkenaan juga mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Penganjuran yang mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Ketua Menteri.

RAYMOND FANG

PENGARAH URUSAN FIRM HORIZON

Sementara itu, Menurut Pengarah Urusan Firm Horizon Sdn. Bhd., Raymond Fang, berkata idea berkenaan tercetus selepas mengambil kira semua faktor dan jumlah peminat Sheila Majid yang sangat banyak.

Kami di Firm Horizon Sdn. Bhd. dengan berbesar hati mengumumkan Konsert Sheila Majid Big Band yang mendapat sambutan cukup hangat di Kuala Lumpur pada Mac lalu akan dibawakan secara eksklusif kepada para peminat di Borneo, terutamanya di Kota Kinabalu.

“Penganjuran yang mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Ketua Menteri ini berjaya direalisasikan kerana kami memperoleh permintaan yang tinggi dalam kalangan peminat yang terlepas menonton konsert Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur kerana tiket habis dijual dalam masa yang singkat," jelasnya.

_OSR7184

Sheila janjikan kelainan pada konsert kali ini.

Sheila Majid Big Band Live In Sabah kelak akan menyaksikan Sheila Majid diiringi oleh 17 pemuzik terdiri daripada pemain hon, pemuzik band, dan penyanyi latar yang diketuai oleh satu-satunya meastro, Mac Chew.

Tiket juga sudah mula dijual pada 16 Jun 2023 melalui laman sesawang smlkk.qtic.my dengan harga bermula RM238 (Emas), RM388 (Platinum), RM588 (Berlian), dan RM738 (VIP).

Malah tiket VIP pula berpeluang memenangi sesi meet & greet dengan Dato’ Sheila Majid

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain