ANAK lelaki pelakon Didie Alias bakal menyarungkan sut milik Allahyarham Ridzuan Hashim pada majlis resepsi perkahwinannya yang bakal diadakan September depan. Didie atau Nur Fadzilah Ali, 52, berkata, keputusan itu dibuat selepas dia dan Muhammad Dhanial berkunjung ke kediaman sewa Ridzuan untuk mengemas barangan peribadi milik arwah baru-baru ini. "Selepas Ridzuan meninggal dunia, kami ke rumah arwah untuk kemaskan pakaiannya miliknya dan tak susah mengemas barang-barang kerana arwah memang seorang yang rapi dan pembersih. Didie menganggap tajaan ini rezeki buat Dhanial. "Semua pakaian miliknya tersusun rapi di dalam almari malah baju kemaja T pun dia gosok. "Ada satu sut Dhanial cuba pakai dan kebetulan memang muat untuk dia. Jadi, dia ambil keputusan untuk menggayakan sut berkenaan ketika majlis kenduri di Kuala Lumpur nanti," katanya kepada mStar. Didie berkongsi mengenai perkara itu sewaktu ditemui pada sidang media Temu Jelatek The Event Space yang diadakan pada petang Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Dhanial mengalir selepas bergelar suami, Didie Alias dapat menantu perempuan pertama ARTIKEL BERKAITAN: Anak Ridzuan Hashim mahu pakai barangan peribadi arwah semasa hari nikah... Didie Alias bimbang tak mampu kawal emosi Dalam pada itu, Didie berkata, majlis resepsi anak lelakinya itu bakal ditaja oleh Temu Jelatek The Event Space yang bernilai RM500,000. Kata Didie, Dhanial terkejut dengan tawaran tersebut namun menyifatkan ia sebagai rezeki kerana telah menjaga bapanya sehingga ke akhir hayat. "Dia orang terakhir dengan arwah. Dia pun terkejut apabila ada pihak mahu menaja perkahwinannya sebab katanya dia bukan siapa-siapa. Ada satu sut Dhanial cuba pakai dan kebetulan memang muat untuk dia. Jadi, dia beritahu untuk pakai sut tersebut bagi majlis resepsi di KL. DIDIE ALIAS PELAKON "Saya beritahu ini adalah rezeki kerana dia berbakti menjaga bapanya. Ini mungkin balasan Allah untuk kebaikan yang pernah dilakukan," ujarnya. Berkongsi lanjut mengenai majlis itu nanti, Didie memberitahu dia ingin membuat kelainan untuk pasangan mempelai dengan berarak menaiki LRT dari stesen Setiawangsa ke stesen Jelatek sebelum terus ke dewan utama. "Oleh sebab lokasi majlis nanti berdekatan stesen LRT Jelatek, jadi saya mahu anak saya berarak dari Setiawangsa terus ke Jelatek. "Secara tidak langsung saya mahu orang ramai tahu lokasi tempat perkahwinan ini strategik dan boleh diakses menerusi pengangkutan awam," katanya. Majlis resepsi Dhanial akan diadakan pada September ini. Pada 20 Mei lalu, Dhanial selamat bergelar suami kepada Nurkhairunisa Zulkifli di Tawau, Sabah. Ridzuan, 62, pula meninggal dunia pada 4 Mei di kediamannya ketika sedang bersarapan akibat serangan jantung. Untuk rekod, Didie dan Allahyarham Ridzuan pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1991 namun rumah tangga mereka hanya bertahan sehingga 2002. Selain Dhanial, mereka dikurniakan empat lagi cahaya mata perempuan iaitu Nur Dhaniyah, 30, Nur Dinie, 27, Nur Danie, 25 dan Nur Diana, 24. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!