suria

Kecantikan dan sikap memahami isteri buat Alif Muhaimin tak tunggu lama tamat zaman bujang

Pasangan ini bakal berbulan madu di Bali, Indonesia.

USIA perkenalan yang singkat tidak menghalang pelakon Alif Muhaimin untuk segera menjadi Nur Fatin Alissa Azam, 22, sebagai isterinya yang sah.

Kata Alif atau Alif Muhaimin Abdul Rahman, 28, sejak mula berkenalan pada Disember 2021, hatinya sudah terdetik bahawa Fatin Alissa adalah calon terbaik untuk dijadikan suri hatinya.

"Sejak awal bercinta saya sudah merasakan dia adalah pilihan tepat dan saya mahu segera halalkan hubungan kami.

"Daripada situ saya mula kumpul duit dan berfikir ke arah perkahwinan. Kemudian saya berjumpa keluarganya dan menyatakan hasrat untuk mendirikan rumah tangga.

Alif 1

Kecantikan dan keperibadian Fatin Alissa membuatkan Alif tertarik.

"Syukur walaupun dalam tempoh singkat semuanya berjalan lancar. Betul apa kata orang kalau sudah rasa bahagia, masa itu seperti cepat berlalu," katanya kepada mStar.

Alif sah bergelar kepada Fatin Alissa dengan sekali lafaz pada Sabtu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Ghazi House, Hulu Langat, Selangor.

Mengimbau detik perkenalan mereka, Alif berkata, dia memberanikan diri menegur isterinya itu di Instagram sebelum melamarnya menjadi teman wanita.

ARTIKEL BERKAITAN: Hero Remaja Alif Muhaimin sah bergelar suami Nur Fatin Alissa dengan sekali lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Muhaimin sudah bertunang Oktober lalu, berdepan pelbagai ujian termasuk rumah terbakar

Tambah juara Hero Remaja 2017/2018 ini, selain tertarik dengan kecantikan Fatin Alissa, keperibadian dan sikap memahaminya membuat hatinya tertawan.

“Saya suka Alissa sebab dia cantik. Kemudian apabila berjumpa dan bersembang saya dapat rasakan dia seorang yang sangat memahami. Saya rasa dihargai.

“Saya tahu tugas sebagai suami bukan mudah. Nak jaga diri sendiri pun susah. Jadi sentiasa berdoa kepada Allah agar saya dapat menjalankan tanggungjawab menjaga isteri,” ujarnya.

Memiliki seorang isteri yang cantik, Alif juga tidak menghalang jika Fatin Alissa mahu menceburi bidang seni sepertinya.

Alif Fatin

Pasagan ini disatukan dengan sekali lafaz pada Sabtu.

“Dia seorang yang bijak, berbakat dan pandai bercakap. Kalau dia mahu ceburi bidang seni saya tidak ada masalah dan sedia membantu.

“Kami juga boleh buat content di media sosial bersama. Apa salah berbuat demikian jika ia boleh mendatangkan rezeki buat kami,” jelasnya.

Bercakap soal perancangan cahaya mata, pasangan ini berserah kepada rezeki dan tidak sedia menimang cahaya mata.

Pasangan ini juga memilih Pulau Bali, Indonesia sebagai lokasi berbulan madu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain