PASANGAN pengantin baharu Shuib dan Watie tidak merancang untuk segera memilik cahaya mata sendiri selepas sah bernikah pada malam Jumaat. Kata Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, buat masa ini Shuib meminta dia memberi tumpuan menjaga empat cahaya mata pelawak itu hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin. “Dari awal lagi dia (Shuib) dah cakap untuk jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi saya ambil keputusan untuk fokus besarkan anak-anak yang ada dahulu,” katanya kepada mStar. Anak-anak Shuib menerima baik kehadiran Watie. Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, sah bergelar suami kepada Watie dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam pada Jumaat. Bercakap lanjut Shuib memberitahu buat sementara waktu dia lebih senang membiarkan ibunya menjaga anak bongsu iaitu Ayash Affan yang kini berusia 2 tahun. Tambah pelawak dan penyampai radio Suria FM ini, dia tidak mahu isterinya itu terlalu sibuk bekerja sehingga tanggungjawab terhadap anak-anak terabai. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin RM1.7 juta Shuib, Watie disatukan dengan sekali lafaz ARTIKEL BERKAITAN: Bekalan elektrik terputus ketika akad nikah antara 10 perkara menarik di majlis nikah Shuib, Watie “Saya ada beberapa projek perniagaan dan mungkin akan melibatkan isteri. Tetapi sepenuhnya dia harus beri fokus kepada keluarga. Saya tak mahu dia sibuk sampai anak-anak terabai. “Uwais (anak sulung) sekarang ini dah nak masuk usia remaja. Dia perlukan perhatian kedua ibu bapa,” ujarnya. Hasil perkahwinan sebelum ini Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun. Ini adalah yang terbaik untuk saya dan isteri. Syukur semuanya berjalan lancar dan tetamu gembira di majlis kami SHUIB PELAWAK/PENYAMPAI RADIO Meluahkan rasa syukur majlis berjalan lancar, Shuib juga tidak menyangka banyak pihak yang tampil untuk bekerjasama sebagai penaja memeriahkan acara yang dirancang sederhana itu. “Mula-mula memang rancang sederhana sahaja, namun dalam perjalanan menguruskan majlis banyak rezeki masuk untuk menaja. “Ini adalah yang terbaik untuk saya dan isteri. Syukur semuanya berjalan lancar dan tetamu gembira di majlis kami,” jelasnya. Shuib dan Watie sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Untuk rekod, majlis pernikahan bertemakan dusty pink itu mendapat tajaan bernilai RM1.7 juta termasuk barang kemas. Sementara itu, pasangan memilih Pulau Langkawi, Kedah sebagai destinasi berbulan madu sebelum sekali lagi akan bercuti bersama anak-anak di Turkiye. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!