suria

Pengantin RM1.7 juta Shuib, Watie disatukan dengan sekali lafaz

Shuib kini sah bergelar suami Watie.

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib akhirnya bergelar suami kepada Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, dengan sekali lafaz.

Akad nikah selamat disempurnakan pada pukul 8.47 malam Jumaat.

Dalam majlis yang berlangsung di Putra Glass House, Shah Alam itu, Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, dinikahkan oleh abang kandung Watie, Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchung, Selangor iaitu Zubairi Ghazali.

Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 dan wang hantaran pula dirahsiakan.

Shuib dan Watie kini bergelar pasangan suami isteri.

Pada majlis tersebut juga pihak pengantin lelaki menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh oleh pihak pengantin perempuan.

Pasangan ini tampil anggun dan bergaya dalam persalinan rekaan Fizi Woo.

Majlis bertemakan dusty pink ini turut mendapat tajaan bernilai RM1.7 juta termasuk barangan kemas.

Shuib dan Watie bertunang pada Mei lalu.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan penyanyi undangan Anuar Zain dan Lah Ahmad.

Antara rakan artis yang hadir memeriahkan majlis ialah Fasha Sandha, Zulin Aziz, Zara Zya, Nora Danish, Nabil dan Sharifah Shahira.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perkahwinan Shuib dan Watie dapat tajaan RM1.7 juta, keluarga sepakat tiada majlis resepsi

ARTIKEL BERKAITAN: Uwais terakhir beri persetujuan, Shuib mungkin terus menduda kalau anak-anak tak restu kahwin Watie

Shuib dan Watie sebelum ini melangsungkan pertunangan pada 6 Mei lalu di Shah Alam dalam satu majlis tertutup dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Shuib selepas pemergian isterinya iaitu penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkahwinan sebelum ini Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain