suria

Rupanya ramai artis tak faham tentang royalti, 3P tampil beri kesedaran perjuangkan hak anak seni

Persatuan 3P jelas dengan agenda mereka dalam bersuara.

PRIHATIN dengan nasib pengiat seni, Persatuan Pencipta, Pelaku & Penerbit Muzik Malaysia (3P) tampil dengan agenda tersendiri untuk memberi kesedaran secara menyeluruh berhubung isu membabitkan industri.

Kata presidennya iaitu Aris Ariwatan, persatuan yang baru ditubuhkan pada Disember 2022 ini diwujudkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penggiat muzik mengenai fungsi sebenar badan yang bertanggungjawab terhadap pungutan royalti.

"Kami ada agenda tersendiri, tiada lagi tersembunyi dan semuanya kami mahukan secara telus. Ini bukan satu badan perlesenan tetapi persatuan yang memperjuangkan hak pemuzik terutama dalam kutipan royalti.

aris ariwatan 2

Aris harap ramai rakan artis sedar akan hak mereka.

"Perjuangan kami amat jelas mahu memberi informasi dan kesedaran kepada semua tentang hak harta intelek. Malah ada juga dalam kalangan artis yang masih tidak faham tentang fungsi sesuatu persatuan," katanya kepada mStar.

Aris ditemui ketika sidang media majlis pelancaran 3P yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Aris lagi, tujuan penubuhan persatuan ini bukan bermaksud mahu menyalahkan mana-mana badan lain yang selama ini telah menjalankan tugas mereka berhubung kutipan royalti.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada rundingan luar mahkamah, 32 ahli Prism saman Prism Berhad tuntut wang royalti

ARTIKEL BERKAITAN: Beego antara selebriti hadir ke mahkamah, terkesan tak terima royalti sejak 5 tahun lalu

Bagaimanapun kali ini, dia bersama rakan-rakan artis yang terlibat cukup tegas mahu menunjukkan secara teknikal bagaimana cara kutipan tersebut dijalankan supaya ia tidak dimonopoli oleh sesetengah pihak sahaja.

"Saya tidak mahu salahkan mana-mana badan yang telah menjalankan tanggungjawab mereka sebelum ini. Namun dalam masa sama kami amat menyokong tindakan 32 artis menyaman Prism seperti yang berlaku baru-baru ini.

"Sebenarnya kita perlu teliti secara teknikal dan lebih terperinci tentang hasil kutipan royalti yang dilakukan. Tambahan pula sekarang ini pada zaman digital. Setiap artis perlu faham akan hak mereka yang mungkin telah diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab," ujarnya.

Perjuangan kami amat jelas mahu memberi infomasi dan kesedaran kepada semua tentang hak harta intelek

ARIS ARIWATAN

PRESIDEN PERSATUAN 3P

Dalam pada itu, Aris mengakui ramai dalam kalangan artis yang tidak mengetahui bahawa setiap karya mereka itu boleh menjadi punca pendapatan berpanjangan.

Justeru itu, 3P akan terus memainkan peranan membuka mata anak seni mengenai hak mereka itu.

"Sebenarnya setiap karya yang dihasilkan itu boleh mendatangkan pendapatan buat golongan artis. Kita bukan hanya boleh jana duit menerusi persembahan tetapi juga jualan lagu, gambar yang digunakan dan banyak lagi.

aris ariwatan 3

Antara penggiat seni yang terlibat dalam persatuan 3P.

"Jadi perkara ini tidak boleh diambil mudah oleh anak seni kerana ini adalah sumber pendapat secara pasif yang mereka boleh gunakan untuk jangka masa panjang," jelasnya.

Antara penggiat seni yang turut terlibat dalam 3P adalah Zam Zaidi, Azura Aziz, AD Samad, Baggio Damasutra, Poey Sting dan Man Senoi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain