suria

Rasa diri tak cukup bagus, kesihatan pun kurang baik... Aya Amiruddin tarik diri ‘Mega Spontan 2023’

Aya akui tertekan dan merasa gagal memberi persembahan terbaik.

PERSONALITI media sosial Aya Amiruddin berkata masalah kesihatan yang dialami sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya sehingga dia tidak dapat membuat persembahan terbaik dalam program Mega Spontan 2023.

Kata Aya, 26, sukar untuk dia berdepan situasi sukar seperti ini lebih-lebih lagi selepas pemergian arwah ibu tercinta.

"Biasanya kalau terkena serangan asma arwah mak ada di sisi. Sekarang ini dia dah tiada. Apa yang berlaku memberi pelbagai kesan kepada saya.

aya amiruddin 2

Aya menerima rawatan akibat serangan asma minggu lalu.

"Ia juga mengganggu mental. Saya rasa tertekan. Ramai yang bertanya tentang kesihatan saya, sekarang ini rasanya okay sahaja, tapi saya pun tidak tahu apa yang berlaku dalam diri ini," katanya.

Aya berkongsi perkara tersebut di Instastory miliknya pada Khamis.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik, dia juga memberi bayangan seolah-olah mahu menarik diri daripada program berkenaan yang akan memasuki minggu ketujuh pada malam Jumaat ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh Mamat Sepah pengsan di pentas Mega Spontan 2023, tak sedap badan sebelum program bermula

ARTIKEL BERKAITAN: Sering terima tawaran program komedi, Ramona Zamzam bimbang jika digelar pelawak... “Risau lama tak berlakon lupa feel”

Kata Aya lagi, masalah yang dialami ini mungkin akan menyusahkan ahli kumpulan Srivijanda iaitu Ropie dan Mamak Puteh.

"Saya rasa macam tak cukup bagus... rasa tak boleh nak buat.

"Saya telah menyusahkan semua orang. Saya rasa bersalah sangat dan tak boleh nak terlibat lagi.

Saya rasa macam tak cukup bagus... rasa tak boleh nak buat

AYA AMIRUDDIN

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

"Maafkan aku berjuang tak sampai habis," ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Aya tidak muncul di pentas program berkenaan kerana secara tiba-tiba diserang asma.

aya amiruddin 3

Aya mahu tarik diri dalam Mega Spontan 2023.

Dia sebelum ini pernah berkongsi gambar menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur dan memaklumkan kesihatannya kini semakin baik.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada Aya akan tampil beraksi atau benar menarik diri dari pertandingan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain